30 October 2012

Anti-Islam di AS semakin bodoh, Seorang beragama Singh dibelasah kerana berimej Islam

Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi yang berjanggut beragama singh di negara bahagian Washington diserang dengan ganas oleh seorang penumpang sambil berteriak dengan hinaan anti-Muslim, mencerminkan Islamophobia yang tumbuh dalam masyarakat Amerika.

"Dua saksi melihat serangan yang digambarkan sebagai serangan ganas, dan tertuduh meneruskan makian selepas pegawai keselamatan datang," Wakil Jaksa Gretchen Holmgren mengatakan di mahkamah, Seattle Post Intelligencer melaporkan, sebagaimana disiarkan onislam.net, pada Isnin 29 Oktober lalu.

Serangan itu berlaku pada 17 Oktober ketika polis wilayah Auburn memanggil teksi untuk menjemput Jamie W. Larson, yang kelihatan terlalu mabuk untuk memandu atau berjalan.

Menurut dokumen tuntutan yang diajukan oleh peguam King County, pemandu teksi menjemput Larson dari pejabat polis untuk menghantarnya ke rumahnya di Federal Way. Selama perjalanan, Larson mula mempersoalkan pemandu tentang serbannya. Larson kemudian menyerang pemandu sambil mengatakan hinaan anti-Muslim, seorang detektif Federal Way mengatakan di mahkamah.

Pemandu itu mampu menghentikan keretanya, di mana polis mendapati dia cedera dan Larson cuba untuk kembali ke teksi yang diletakkan. Bahkan setelah polis tiba, Larson terus membuat komentar hinaan tentang si pemandu, seorang pendatang dari India. Menurut polis, Larson mengejeknya sebagai orang Iraq, dan menggunakan beberapa hinaan anti-Arab dan juga menggunakan cercaan anti-gay. Larson ditangkap di tempat kejadian dan sejak itu telah didakwa dengan gangguan berbahaya di bawah undang-undang jenayah kebencian negara bahagian Washington. Dia dipenjara atau keluar dengan jaminan $ 60,000.

Orang singh diwajibkan untuk memakai lima simbol setiap saat, termasuk serban dan tidak memotong rambut (bagi laki-laki dewasa) dan gelang besi, Kara (untuk wanita). Menurut Singhisme, simbol tersebut digunakan untuk pengenalan dan perwakilan dari cita-cita Singhisme.

Serangan terhadap pemandu teksi Singh bukanlah yang pertama oleh perkauman anti-Muslim. Sejak serangan 9/11, orang Amerika kadang tidak dapat membezakan orang Singh dan Muslim kerana serban dan janggut mereka.

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata menyerang orang-orang di sebuah kuil Singh di Wisconsin Ogos lalu. Muslim AS, dianggarkan antara enam hingga tujuh juta, telah mengecam keras penembakan itu, meluahkan perpaduan kepada orang Singh.

0 comments:

Post a Comment