16 October 2012

[Video] Masjid paling Bersejarah Jadi mangsa Pertempuran Sengit di Syria

Sebuah masjid di Aleppo, Syria turut menjadi mangsa pertempuran sengit antara pasukan Kerajaan rejim Syria dengan pihak pembangkang. Masjid yang dianggap bersejarah itu terbakar akibat pertempuran.

Masjid Umayya dikhabarkan mengalami kerosakan besar ketika terjadi tembak menembak antara pasukan Presiden Assad dengan pasukan pembangkang Free Syrian Army (FSA). Kerosakan sama juga dialami oleh pasaran kuno yang berada tidak jauh dari masjid tersebut. Wilayah yang rosak ini badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengurus warisan budaya (UNESCO). Allahuakbar

Pasukan kerajaan sebelumnya memang tertahan di dalam masjid tersebut selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya pasukan FSA berjaya mengeluarkan mereka dari masjid tersebut. Sementara pihak pembangkang dan kerajaan, saling menyalahkan akibat kerosakan masjid tersebut terlebih setelah masjid itu terbakar.

Sementara penyokong dari pasukan FSA juga menuduh pasukan kerajaan telah merosakkan masjid tersebut. Mereka pun dikhabarkan mengambil alkohol di tempat ibadah tersebut, yang ditakuti boleh mencetuskan ketegangan terbaru di Syria.

"Kini semua kawasan tidak mempunyai kuasa elektrik. Assad membakar negara ini serta warisannya dan kemudian dia mengaku ingin membinanya kembali? Buat apa mereka menghancurkannya?," kata aktivis Mohammad al-Hassan, seperti dikutip Associated Press, Selasa (16/10/2012) semalam.

Pertempuran antara pasukan pemerintah dan FSA sudah menghancurkan sebahagian besar bandar Aleppo, yang selama ini dikenali sebagai bandar yang terbesar di Syria dan mempunyai penduduk tiga jiwa. Dikhabarkan, lebih daripada 33 ribu warga terbunuh selama konflik berlangsung pada Mac 2011 dan berubah menjadi perang saudara.

UNESCO menambah, pertempuran antara dua pihak yang bertikai telah menghancurkan lima dari enam warisan dunia yang dimiliki oleh Syria. Banyak pula tempat-tempat yang bersejarah ini dimusnahkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Related Posts:

  • Israel sudah mula guna emas dinar.Malaysia? JERUSALEM OF GOLD Syiling emas ini telah diletakkan nilai sebanyak 20 Shekel (RM16). Ia sah diperlakukan. Syiling ini dicetak di Belanda, 24 karat (emas tulen 9999). Apa yang menarik minat saya ialah, Sheikh Imran Hosei… Read More
  • Pokok pisang ajaib POKOK pisang milik Sarman ini mempunyai tiga tandan dan lima jantung pisang di Wonogiri, Jawa Tengah. WONOGIRI - Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, se… Read More
  • Dahsyat Ribut Solar Terkuat Melanda BumiWASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku. Sebelum ini, radiasi r… Read More
  • Hikmah pakar bedah pakai baju hijauSelalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa? Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yan… Read More
  • Ribut Padang Pasir Di Iraq (Gambar)Selalunya kawasan yang berdekatan gurun selalu la kena ribut pasir nie, tapi jangan ingat kat kawasan gurun ja boleh kena kat mana2 pon boleh terjadi sama ada besar atau kecik ja benda nie. Angin ribut ni dapat bergerak se… Read More

0 comments:

Post a Comment