28 October 2012

Lembu Mengamuk, Seorang Tukang Sembelih Maut dan 150 cedera

Tidak hanya di tempat kita lembu mengamuk ketika akan di sembelih. Di Palestin dan di Pakistan lembu mengamuk malah membunuh petugas penyembelih.

Seekor lembu mengamuk dan membunuh seorang lelaki di Palestin ketika akan disembelih pada hari Sabtu lalu, semasa perayaan Aidil Adha, kata seorang pegawai kesihatan Gaza.

Muslim di Gaza memperingati Hari Raya Aidil Adha mulai hari Jumaat hingga Ahad 29/10 dengan membahagikan daging korban kepada warga miskin.

Tukang sembelih amatur berusia 52 tahun itu akhirnya meninggal kerana dipijak lembu. Tiga orang juga cedera parah akibat lembu itu berlari liar dan melanggar orang-orang di jalan Semenanjung Gaza selatan kota Rafah.

Pejabat kesihatan di Gaza Ashraf al-Kidra memberitahu, bahawa jumlah keseluruhan ada kira-kira 150 orang yang dirawat di hospital wilayah Palestin kerana cedera terkena pisau dan luka lain akibat haiwan yang akan dipotong memberontak dan mengamuk kerana penyembelih kurang berpengalaman.

Lembu Ngamuk di Pakistan
Tidak hanya di Palestin, kejadian serupa juga terjadi di Pakistan pada Sabtu 27/10 lalu.

Di bandar barat laut Peshawar, seekor lembu melarikan diri ketika akan dipotong. Akibatnya tiga orang tercedera termasuk seorang kanak-kanak 12 tahun. Pegawai polis di Peshawar Abdul Waheed berkata, puluhan orang mengejar lembu yang mengamuk tersebut dan berjaya menangkapnya satu jam kemudian.

Di selatan bandar Karachi, seorang anak muda juga terluka akibat lembu mengamuk. Pemilik lembu Abdul Quddos mengatakan mengambil masa dua jam untuk menangkap kembali lembu itu.

Di Gaza Palestin, di mana lebih daripada satu pertiga daripada 1.6 juta penduduknya hidup dalam kemiskinan dan hampir 80 peratus bergantung pada bantuan makanan. Sangat sedikit yang makan daging secara kerap, hal ini membuat perayaan Aidil Adha begitu bererti.

Daging lembu segar per kilogram atau daging kambing berharga 12 Dollar di Gaza (RM36). Harga tersebut lebih dari upah sehari seorang pekerja disana, kata Ibrahim al-Kidra, seorang pegawai di Kementerian Pertanian.

Selama perayaan Aidil Adha, warga membahagikan sepertiga daging mereka kepada orang miskin, sepertiga lainnya untuk jiran, hal ini membangkitkan rasa perpaduan umat.

0 comments:

Post a Comment