Sepasang suami isteri beragama Kristian yang baru saja berkahwin dan baru memeluk agama Islam ditembak oleh keluarga mereka.
Insiden menyedihkan ini terjadi di Kalore Kot, sebuah bandar kecil di wilayah Bhaker, Pakistan yang majoriti penduduknya beragama Kristian pada Khamis 18/10 lalu.
Menurut sumber pihak polis kepada The Express Tribune, Kalsoom Bibi, putri Irshad Masih dan Muhammad Bilal bin Ashraf Masih terbunuh di lokasi kejadian oleh saudara laki-laki Kalsoom yang bernama Imran.
Kejadian itu berlaku di rumah Bilal. Sebelum insiden tembakan, pasangan pengantin baru itu terlibat pertengkaran dengan Imran, saudara laki-laki Bibi lain, Zahid dan ayahnya, Irshad. Tiba-tiba, Imran melepaskan tembakan ke arah pasangan muda itu dan mereka terus terbunuh. Dipercayai, pertengkaran tersebut kerana keluarga tidak terima mereka pindah ke agama lain.
Tak hanya pasangan itu, seorang budak perempuan berusia 2 tahun, Alisha, juga terkena tembakan peluru Imran. Ia terus dilarikan ke hospital Kot Kalore dan dalam keadaan kritikal.
Menurut keterangan polis, Bilal dan Bibi baru berpindah ke agama Islam atas kemahuan mereka sendiri dua bulan lalu.
Setelah penembakan, ketiga suspek lalu meninggalkan lokasi kejadian. Polis belum menahan para suspek, kerana siasatan masih berjalan.

0 comments:
Post a Comment