Warga Islam di sebuah bandar kecil Vierzon di Perancis mungkin akan mempunyai Masjid baru. Ini kerana, sebuah gereja tua di bandar kecil itu akan dijual kepada komuniti Islam tempatan, demikian dilaporkan The Washington Post, Isnin 22/10 semalam.
Khabar rancangan jualan Gereja Saint-Eloi s di bandar Vierzon itu diketahui selepas seorang pimpinan gereja, Pastor Alain Krauth melontarkan maklumat rancangan jualan Gereja di depan jemaah Misa minggi Gereja Saint-Elois, pada Ahad 21/10 lalu.
Rencana jualan Gereja itu dilontarkannya setelah Pihak Berkuasa Katolik Rom menyatakan tak lagi mampu membiayai penyenggaraan gereja yang berdiri sejak 1950 itu.
Kuasa Katolik beralasan, enam gereja di satu bandar yang terletak 150 batu dari Paris itu dinilai terlalu banyak untuk ukuran populasi umat Katolik yang makin berkurangan tahun demi tahun.
"Jika masyarakat Islam moderat membeli (Gereja) Saint-Eloi s, kami hanya boleh turut berbahagia kerana mereka dapat menjalankan ritual agamanya. Jika mereka ternyata adalah termasuk golongan pelampau, maka itu adalah soalan lain, mengingati ekstremis ada di semua agama," kata Krauth seperti dilansir The Washington Post.
Namun, pemikiran terbuka Pastor Krauth rupanya tidak serta merta disambut baik jamaahnya. Selesai memberikan kenyataan yang dimuat media-media tempatan, Kraut mendapat puluhan aduan melalui telefon bimbit dan emailnya. Keluhan tersebut sebahagian disampaikan secara sopan, sebahagian yang lain bernada keras.

Sebahagian pihak menganggap tindakannya telah mengkhianati ajaran Nasrani kerana menjual Gereja itu kepada umat Islam. Bahkan sebahagian mengugut dengan tindakan yang lebih ekstrem. Mereka akan memelihara babi di Gereja agar masyarakat Islam tidak jadi memohon proposal pembelian.
Populasi Islam di Perancis semakin berkembang dari masa ke masa. Ketika ini, Kementerian Dalam Negeri tempatan menganggarkan terdapat lima juta penduduk Islam di Perancis. Jumlah itu merupakan populasi Islam terbesar yang ada di negara Eropah.

0 comments:
Post a Comment