7 March 2013

Perempuan Bertudung Ini Merupakan Seorang "Sniper" Yang Hebat

Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria..

Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio 'Che' Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..

Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..

Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu..Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..

"Saya suka bertempur..Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam" ujarnya..

"Menembak musuh membuatkan saya berasa lega..Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak 'yes" katanya..

Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain..Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan.






Related Posts:

  • Penyakit paling merbahaya..sedarlah Berkata Ibrahim Adham, ada lapan hal yang menyebabkan hati mati :Anda mengetahui hak Allah tetapi tidak menunaikannya. Anda membaca Al Quran tetapi tidak mengamalkan ajarannya. Anda berkata anda cinta kepada Rasulullah s.a.… Read More
  • Busana Muslimah: Betul VS SalahBuat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH.  Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, m… Read More
  • Fesyen akhir zaman..BANGGOL UNTAFesyen bonggol unta... Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?! Ramai yang suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (r… Read More
  • Aurat wanita dan cukur bulu keningRasulullah S.A.W Laknat Perempuan Nipiskan Bulu Kening Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi … Read More
  • Terfitnahnya lelaki kerana wanita.adakah wanita itu jahat?Adakah Wanita Itu Jahat?Antara Hadis dan Tafsiran Hadis “Fitnah wanita.”Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perem… Read More

0 comments:

Post a Comment