4 March 2013

Subhanallah! Seorang Wanita Ini Mendakwa Melahirkan Seekor Buaya

Memang sukar diterima apabila terdapat seorang wanita mendakwa dirinya telah melahirkan seekor buaya. Kelahiran itu berlaku sewaktu dirinya sedang melahirkan seorang bayi, kemudian keluar sebiji telur berwana putih. Justeru selepas itu, telur itu didapati pecah dan keluarlah seekor anak buaya. Ekoran daripada peristiwa itu, wanita ini telah menjadi perhatian di kawasan tempat tinggalnya.
 
Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.

Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.

Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.

Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.

Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. – Kompas

Related Posts:

  • " Ayah , Bagilah balik tangan ITA ! " Gambar Hiasan KISAH YANG PASTI MEBUATKAN AIR MATA ANDA JATUH !! TAJUK : " AYAH , BAGILAH BALIK TANGAN ITA ! " Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat luk… Read More
  • Gempar! Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yan… Read More
  • Bayi Ini Meninggal Dunia Selepas 10 Buah Hospital Enggan Merawatnya JAKARTA, Indonesia – Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai pen… Read More
  • Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.Cerit… Read More
  • Subhanallah! Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan… Read More

0 comments:

Post a Comment