1 March 2013

Subhanallah! Luahan Adam Corrie Lee Abdullah kenapa beliau Memilih Islam

Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga Cina yang menganut agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh memeluk Islam?  
  • Kaabah. – saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
  • Bersahabat baik dengan anak Ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
  • Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.
Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik kepada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; “Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya

Alhamdulillah!

Related Posts:

  • Awas! Jerat Valentine’s Day Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kera… Read More
  • Empat Tanda-tanda hidup seseorang itu tidak Berkat Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubi… Read More
  • Wanita-wanita yang Dikasihi Iblis Wanita Yang Derhaka Kepada AllahWanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupak… Read More
  • [Video] Kisah Menyedihkan Kanak-kanak buta Penghafal Al-Quran Mata adalah jendela dunia. Tanpanya, hidup terasa tidak sempurna. Sedih dan mengeluh itu pasti terjadi pada sebahagian manusia yang kehilangan penglihatannya. Tapi tidak dengan kanak-kanak kecil buta dari Mesir ini. Ia ad… Read More
  • Kenali Lelaki Pelindung wanita dan Lelaki Perosak wanita Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. Lela… Read More

0 comments:

Post a Comment