8 March 2013

Kenapa Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki?

Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.

Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.

Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?

1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.

3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).

5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan.

jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.

9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.

10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.

Related Posts:

  • Antara Doa-doa Yang Tidak Diterima Oleh Allah Doa adalah talian hayat dalam kehidupan seorang insan bernama hamba dengan Allah SWT. – Gambar hiasanANTARA sifat seorang Mukmin sejati ialah sentiasa memohon dan meminta kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan dan bers… Read More
  • Kisah sedih pengorbanan seorang doktor Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..dia mendapati ayah kepada budak y… Read More
  • Ramai Yang Tidak Tahu Kelebihan Habbatus Sauda Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Musli… Read More
  • Dia Budak Agama, Dia Pegi Usrah, Dia Bertudung Labuh Gambar Hiasan Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.Ditakdirkan Alla… Read More
  • Kisah Tudung Labuhku بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah. Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. S… Read More

0 comments:

Post a Comment