9 March 2013

Pakai Leggings Ketat Di Shopping Complex, Nak Goda Siapa ?

Suatu hari seorang wanita datang kepada seorang ustazah membawa kemusykilan. Dia ingin bertanyakan berkenaan hukum berpakaian tidak memelihara aurat dengan sempurna.

Setibanya dia di hadapan ustazah tersebut dia mengajukan soalan.

Wanita: Assakamualaikum, ustazah. Saya ingin bertanya sesuatu boleh ya ustazah ?

Ustazah: Ingin bertanya ? Ya, silakan.

Wanita: Begini permasalahannya, saya wanita yang suka berfesyen. Saya suka memakai pakaian yang sendat-sendat setiap kali keluar rumah. Saya ada banyak koleksi T-shirt yang sendat-sendat, seluar jeans sendat dan leggings ketat yang saya gemar pakai bila ingin keluar membeli belah. Bagi saya, fesyen sendat ni memang nampak bergaya dan cantik dipakai.

Ustazah: (Hmm..)

Wanita: Tetapi ustazah...seminggu lepas saya terdengar satu tazkirah agama di Youtube, mengatakan bahawa HARAM hukumnya seorang wanita Islam sengaja memakai pakaian sendat yang boleh menampakkan susuk tubuh badannya, dan jatuh berdosa besar...betul ke ustazah ?

Ustazah: Ya, itu betul. Memelihara aurat adalah wajib bagi setiap wanita Islam. Aurat wanita bukan sahaja kulit yang nyata, tetapi kita juga wajib menutupi bentuk susuk tubuh kita terutama sekali di bahagian boleh mendatangkan nafsu kepada kaum lelaki. Sebab itu Islam mensyariatkan Muslimah supaya memelihara aurat secara sempurna dengan memakai pakaian yang lapang dan labuh. Fesyen yang sendat dan ketat mengikut bentuk tubuh adalah ditegah oleh Islam. HARAM dan berdosa hukumya jika kita dalam keadaan berpakaian sendat dilihat oleh lelaki-lelaki bukan muhrim.

Wanita: Takutlah saya ustazah, berdosa besar. Nanti, kenalah saya buang semua koleksi pakaian sendat saya di rumah tu.

Ustazah: Sabar. Tak perlu dibuang semua pakaian yang kamu ada tu. Segala apa yang kamu cakapkan tadi, T-shirt sendat, jeans sendat, leggings ketat tu kamu pakailah untuk tatapan suami kamu di rumah. Tidak menjadi masalah jika ingin bergaya dan berpakaian SEKSI khusus untuk menarik minat suami kita, hukumnya HARUS. Hukumya jadi HARAM jika ia dipakai dan dibiar dilihat dan dinikmati oleh lelaki-lelaki selain suami kita.

Wanita: Hehe..bakal suami saya pasti suka.

Related Posts:

  • Bagus sangat ke Bila Fesyen Tudung Semakin Pelik ? Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya.Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ?Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup au… Read More
  • Menarik! Sunah Rasulullah S.A.W ketika bangun tidur Rasulullah S.A.W manusia yang paling sempurna diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai contoh ikutan kepada seluruh  umat  manusia di muka bumi ini. Sebagai muslim  kita sering mengatakan yang kita cinta, kagum, s… Read More
  • Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng Soalan: Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon penjelasan terperinci dari ustaz.Jawapan:Bila termenung jauh memikirkan … Read More
  • Ramai Yang Tidak Tahu Khasiatnya Makan Kaki Ayam Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon … Read More
  • 6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki 1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jang… Read More

0 comments:

Post a Comment