26 June 2012

Muhammad Mursi adalah Hafidz Al Qur'an berjanji akan memusuhi Yahudi dan menegakkan Syariat Islam

Muhammad Mursi diisytiharkan sebagai presiden Islam pertama di Mesir pada Ahad lalu (24/06) setelah memenangi pilihan raya terbuka pertama dalam sejarah negara itu. Mursi mengalahkan Ahmed Shafiq yang merupakan Perdana Menteri Mesir ketika masih dibawah rejim Husni Mubarak.

Suruhanjaya pilihan raya menyatakan Mursi menang dengan 51,7 peratus berbanding 48,3 untuk shafiq. Jumlah pemilih adalah 51 peratus.

Farouk Sultan, kepala komisyen menggambarkan pilihan raya ini sebagai "fasa penting dalam membangung pengalaman lahirnya demokrasi kita", katanya seperti dipetik CBS.

Negara Mesir selama enam dekad terakhir selalu dipimpin dari jajahan tentera. Inilah pertama kalinya Mesir moden akan dipimpin oleh tokoh Islamik dan dipilih secara bebas oleh rakyat.

Jurucakap Mursi, Ahmed Abdul-attie mengatakan "kata-kata tidak boleh menggambarkan sukacita dalam momen bersejarah buat masa ini".

"Kita mendapatkan kemenangan ini kerana darah para syahid revolusi," katanya. "Mesir akan memulakan babak baru dalam sejarahnya".

Pengumuman kemenangan Muhammad Mursi ini adalah puncak dari peralihan penuh gejolak selama 16 bulan yang seharusnya membawa demokrasi tetapi dikawal secara ketat dan terhad oleh penguasa tentera yang mengambil alih kekuasan dari Mubarak.

Kini Mesir akan menghadapi era baru yang dipimpin oleh seorang hafidz (penghafal Al-Quran) dari Ikhwanul Muslimin yang pernah berjanji akan memusuhi Yahudi dan menegakkan Syariat Islam.

0 comments:

Post a Comment