26 June 2012

Dua Terbunuh dan tiga cedera parah dalam menyambut Kemenangan Mursi

Seorang mahasiswa ditembak mati sementara dua yang lain mengalami cedera parah, di desa Gao Al-Nawarwah, Assiut, Mesir menyusul hotel tembak menembak antara keluarga Al Asyraf dan keluarga Abu Shama, setelah pengumuman hasil pemilihan presiden menyatakan calon Ikhwanul Muslimin Muhammad Mursi terpilih sebagai presiden baru Mesir .

Menurut penyelidikan awal, Ketua Polis Badari mengatakan bahawa mangsa meninggal dunia bernama Hisham Mohamed Abu Zaid, seorang mahasiswa. Hisham dan salah satu dari dua orang yang mengalami kecederaan parah Hamada Abu Zaid Mohamed merupakan ahli keluarga Abu Shama. Mereka merupakan penyokong pendukung dari IM Muhammad Mursi.

Sementara satu yang cedera lain bernama Ahmed Hamam Ibrahim berasal dari keluarga Al Asyraf yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq.

Tak lama setelah Suruhanjaya Pemilihan Presiden mengumumkan kemenangan Mursi pada Ahad petang lalu, kedua-dua keluarga tersebut langsung terlibat dalam perkelahian yang menyebabkan kejadian tembak-menembak.

Di Minya, tembakan ke udara pada perayaan kemenangan Mursi mengorbankan seorang wanita dan mencederakan anak saudaranya, yang sedang menonton perayaan dari beranda rumah mereka. Wanita yang menjadi mangsa terbunuh berusia 30 tahun. Ia terkena tembakan di kepala, sementara gadis berumur 3-tahun tertembak di perut.

Di negara-negara timur tengah, meraikan kemenangan dengan menembakkan tembakan sudah menjadi satu tradisi. Suara tembakan juga terdengar di pelbagai belahan Kota Nasr, bahagian timur Kaherah, sebaik sahaja pengumuman tersebut.

Related Posts:

  • Lawatan pemimpin tentera Mesir disambut dengan tunjuk perasaan Mohamed Hussein Tantawi (kiri) diiringi Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya Mustafa Abdel Jalil (kanan) semasa melawat Tripoli, kelmarin. - REUTERS TRIPOLI 17 Jan. - Lawatan pemimpin tentera Mesir ke Libya, sem… Read More
  • Facebook sukar sekat kandungan kesatNEW DELHI 17 Jan. - Gergasi Internet, Google dan Facebook memberitahu mahkamah India, semalam adalah sesuatu yang mustahil bagi kedua-dua syarikat itu menyekat kandungan kesat di dalam laman web mereka. Google dan Facebook… Read More
  • Pengasas Yahoo letak jawatan mengejut SAN FRANCISCO — Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarik… Read More
  • Penduduk China di bandar bertambahBEIJING 17 Jan. - Bilangan penduduk China yang tinggal di bandar dilaporkan mengatasi jumlah penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar buat kali pertama, ekoran peluang ekonomi yang lebih baik di bandar-bandar. Biro Sta… Read More
  • Puteri Casiraghi saman media Puteri Charlotte Casiraghi PARIS 17 Jan. - Anak perempuan Puteri Caroline dari Monaco, Puteri Charlotte Casiraghi akan memfailkan saman terhadap media kerana didakwa menceroboh kehidupan peribadinya serta menyiarkan b… Read More

0 comments:

Post a Comment