26 June 2012

Mursi Bersumpah Menjunjung Tinggi Matlamat Revolusi

Presiden Mesir terpilih Muhammad Mursi akan menjadi kepala negara Islam pertama di negara dunia Arab yang paling padat penduduknya setelah dinyatakan sebagai pemenang dalam pusingan akhir pemilihan dengan mantan Perdana Menteri Ahmed Shafiq.

Mursi, salah satu pimpinan Ikhwanul Muslimin yang kuat, telah berjanji bahawa Mesir di bawah kepemimpinannya akan menyeluruh, dan ia juga mendekati pengundi dari sekular dan Kristian.

Mursi telah bersumpah untuk menjunjung tinggi tujuan revolusi yang menggulingkan presiden Hosni Mubarak tahun lalu dan untuk berkongsi kuasa dengan pihak lain.

Mursi, yang menjadi calon Ikhwan setelah calon pertama pilihan mereka Khairat El-Shater dibatalkan, mengalahkan Shafiq dengan 51,73 peratus suara, sebagaimana dikutip dari AFP, pada isnin 25/6 lalu.

Banyak yang menulis dia hadir sebagai pengganti yang tidak berkarisma, dengan mengatakan ia tidak akan mampu mengumpulkan sokongan yang luas.

Tapi Ikhwanul Muslimin yang kuat kemudian menggerakkan sumber daya mereka yang kental dan juga penyokongnya di belakang Mursi, yang dilantik tahun lalu untuk memimpin tangan politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan.

Minggu lalu, Mursi menegaskan kembali janjinya menjadi sebuah institusi presiden menyeluruh yang "merangkumi semua kekuatan, semua calon presiden, wanita, Salafi dan saudara-saudara Kristian Koptik kami."

Dia berjanji untuk menamatkan "setiap diskriminasi di Mesir berdasarkan agama, etnik, atau jantina."

Mursi telah mendakwa kemenangan selepas waktu pengundian ditutup pada 17 Jun mengikut pengiraan yang dilakukan oleh pegawai pilihan raya di TPS. Dia sudah lama berpendapat bahawa rakyat Mesir tidak akan kembali memilih simbol rejim lama.

"Mesir tidak akan pernah membawa masuk kembali Mubarak melalui tingkap setelah mereka mengusirnya dari pintu," katanya kepada wartawan.

Related Posts:

  • 3 lelaki jual syabu di parkir hospital ditahan MANILA: Polis Filipina menahan dua lelaki rakyat Taiwan dan seorang warga China, semalam dalam satu operasi dadah bernilai lebih dua juta dolar, kata pihak berkuasa. Ketiga-tiga suspek ditahan ketika menjual lebih dua kilogr… Read More
  • Amalan rasuah di Indonesia dijangka meningkat tahun ini JAKARTA: Amalan rasuah tahun ini dijangka semakin meningkat dengan mendadak. Keadaan ini disebabkan oleh parti politik sibuk memperkukuhkan dana politik untuk pilihan raya 2014. “Amalan rasuah dijangka semakin meningkat kera… Read More
  • Israel kemuka cadangan sempadan ‘mustahil’ RAMALLAH: Israel membentangkan gagasan sempadan yang “mustahil” ketika rundingan awal dengan wakil Palestin baru-baru ini, kata sumber semalam. Menurut pegawai enggan dikenali itu, wakil Israel mengemukakan dasar prinsip men… Read More
  • Raja dadah Brazil kena cekup RIO DE JANEIRO: Polis menahan seorang raja dadah yang disyaki menembak jatuh helikopter polis di bandar raya ini pada 2009 dalam pertempuran untuk menguasai kawasan setinggan di sini, lapor media Brazil, semalam. Fabiano Ata… Read More
  • Seorang lelaki terperangkap tiga hari dalam lumpur ALBUQUERQUE (New Mexico): Seorang lelaki merempat yang terperangkap dalam lumpur dekat Sungai Rio Grande di bandar raya ini selama tiga hari diselamatkan, semalam selepas beberapa pelajar sekolah tinggi yang berada di situ t… Read More

0 comments:

Post a Comment