26 June 2012

Mursi ingin menjalin dan memperkuatkan hubungan Mesir dan Iran?

Presiden Mesir yang baru saja dilantik, Mohammed Mursi mengatakan pada media Iran, dirinya ingin sekali memperkuatkan hubungan dua hala dengan Negeri Parsi. Perkara itu ditujukan untuk mencipta kestabilan di Timur Tengah.

"Saya tertarik untuk menjalin hubungan baik dengan Iran, hal ini akan menjadikan keseimbangan di wilayah. Hubungan yang baik dengan Iran juga menjadi sebahagian daripada Dasar saya," ujar Mursi, seperti dikutip Fars, pada Isnin 25/6/2012 lalu.

Kemenangan Mursi yang berasal dari kubu Ikhwanul Muslimin dianggap sebagai fenomena bersejarah di Negeri Piramid. Perkara itu disebabkan kerana gerakan Ikhwanul Muslimin adalah gerakan yang sempat dilarang oleh rejim Husni Mubarak.

Pada Ahad lalu, Mursi mengalahkan bekas Perdana Menteri Mesir Ahmed Shafiq dalam pilihan raya pusingan kedua. Suruhanjaya Pilihan raya Mesir mengumumkan, Mursi meraih suara dari 13,2 juta rakyat, sedangkan Shafiq 12,3 juta.

Sambutan-sambutan atas kemenangan jurutera lulusan Amerika Syarikat (AS) itu disuarakan oleh beberapa negara, termasuk Israel. Negeri Yahudi itu cukup membimbangkan kemenangan Mursi, fraksi Hamas di Palestin tidak lain adalah kepanjangan tangan dari Ikhwanul Muslimin. Perkongsian Mursi dengan Iran juga dinilai akan membuat Israel kebingungan.

Namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berharap agar Mesir tetap baik dengan Israel, seperti saat Mubarak masih memimpin. Israel juga tidak mengharapkan perubahan yang cepat dalam hubungan dua hala Mesir dan Israel.

Sementara itu, AS pun turut menyambut kemenangan tokoh Mursi dalam Pilihanraya Mesir. Obama pun memberikan semangat kembali Jeneral Ahmed Shafiq, agar terus memberikan sumbangan yang baik bagi kesatuan rakyat Mesir.

Related Posts:

  • 3 maut, 35 cedera ribut di IndonesiaJAKARTA 26 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga maut dan 35 cedera semalam apabila beratus-ratus rumah musnah dihempap pokok ketika ribut berserta hujan lebat melanda Jakarta, Malang dan Jawa Timur, lapor pihak berkuasa, hari in… Read More
  • Pengasas implan payu dara PIP ditahan Pengasas Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas ditahan semalam. Dia berdepan dakwaan bunuh dan mencederakan tanpa niat. - REUTERS PARIS 26 Jan. - Polis Perancis menahan pengasas syarikat implan payu dara Poly… Read More
  • Pameran ibadah haji di London Sebuah daripada kitab suci Al-Quran, dipercayai antara yang tertua turut dipamerkan di Muzium Britain sempena pameran Hajj: Journey At The Heart Of Islam di tengah London, yang bermula semalam. - AFP LONDON 26 Jan. - Mu… Read More
  • Angkara ubat 'pembunuh'LAHORE 26 Jan. - Kira-kira 100 pesakit jantung Pakistan maut dan berpuluh orang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mengambil ubat yang dibuat oleh syarikat tempatan, kata pegawai hari ini. Ketua kerajaan negeri wi… Read More
  • Video hina umat Islam, Ray Kelly didesak letak jawatanNEW YORK 26 Jan. - Kumpulan hak asasi Islam Amerika Syarikat (AS) semalam mendesak Pesuruhjaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan ekoran kontroversi berhubung penyiaran berulang kali video yang menghina umat Islam. … Read More

1 comment:

  1. mohon encik halim tarik balik artikel ini atau beri penjelasan bahawa ini adalah berita fitnah dari media Iran terhadap Dr. Muhammad Mursi.
    ------------------------------------------------
    Beberapa hari selepas kemenangan Dr. Morsy sebagai Presiden Mesir, media-media Iran memainkan isu berkenaan hubungan di antara Iran-Mesir.

    Media-media Iran juga melaporkan bahawa kononnya Dr Morsy ketika diwawancara oleh Agensi Berita Iran beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, bahawa Dr Morsy akan mengukuhkan hubungan Mesir-Iran.

    Walau bagaimanapun, jurucakap media bagi kempen Dr. Morsy, Farid As-Sayyid menafikan ucapan yang disandarkan kepada Dr Morsy tersebut. Bahkan beliau menafikan bahawa Dr Morsy pernah diwawancara oleh mana-mana agensi berita daripada Iran.

    Menurut beliau, kita masih percaya dan yakin tidak semudah itu Dr Morsy akan menjalinkan hubungan dengan Iran setelah pendirian beliau terhadap Iran yang terang-terangan menyokong rejim Basyar. Kita masih berpegang dengan kenyataan beliau (Dr Morsy) sebelum ini iaitu :

    "Saya selama-lamanya tidak akan bertemu dengan wakil kedutaan Iran kecuali setelah Iran mengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan kami bersama perjuangan rakyat Syria.."

    ReplyDelete