4 June 2012

Guru bukan Islam Tertarik dengan sistem Sekolah Islam

Menerima pekerjaan sebagai guru bahasa Inggeris di Al-Noor Academy, Rick Booth mendapatkan layanan yang baik dari para pelajar muslimnya.

"Kelakuan moral yang sangat hebat," kata Booth, seorang bekas wartawan selama lebih dari 30 tahun di surat khabar The Sun Westerly di Rhode Island, mengatakan pada Boston Globe Minggu, 3 Jun semalam.

"Saya cuba untuk melawan, tapi saya sudah jatuh cinta dengan tempat ini. Saya mencari rumah di sini."

Al-Noor Academy adalah salah sebuah sekolah dengan kelayakan SMP dan SMA yang ditubuhkan pada bulan September tahun 2000 untuk komuniti Muslim di Greater Boston dan Rhode Island bahagian utara. Kurikulumnya merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah umum di negara bahagian Massachusetts yang hanya ditambah agama Islam dan bahasa Arab.

Bergabung dengan kakitangan sekolah di bulan Mei 2011, banyak kejadian di sekolah yang asing bagi Booth. Sebagai contoh, pelajar sekolah solat lima kali sehari yang menjadi adat di sekolah itu. Sekolah juga bermula dengan acara pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Menunjukkan betapa hormatnya pada kegiatan-kegiatan para pelajar dan rakan gurunya yang muslim, Booth juga menerapkan etika dalam aktiviti pengajarannya.

Menurut salah seorang murid, Firas Al-Shaar, Booth biasanya memberikan banyak kerja-kerja rumah, namun membuat pengecualian ketika cuti hari raya Islam.

"Jika kami ada bercuti khusus (kegamaan), dia tidak akan memberikan kami banyak kerja-kerja rumah," katanya.

Mengajar pelajar Muslim di sekolah Al-Noor telah mengubah banyak persepsi Booth. Dengan adanya pelajar muslimat yang mengenakan tudung yang labuh dan longgar, Booth melihat itu sebagai cara Al Quran untuk melindungi kaum wanita dan juga memberikan cahaya bagi wajah mereka.

"Ajaran mereka mudah. Mereka mengingatkan saya kepada gadis-gadis di Amerika pada 60 tahun lalu."

Melihat cita-cita yang tinggi di antara pelajar, seperti ramai dari kalangan mereka yang ingin menjadi doktor, Booth melihat pelajar di sekolah Al Nour sebagai impian bagi setiap guru untuk menjadi motivasi, keyakinan diri, dan tekun dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Related Posts:

  • Bukti Keajaiban Kuasa Ilahi!!! SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesara… Read More
  • Pameran ibadah haji di London Sebuah daripada kitab suci Al-Quran, dipercayai antara yang tertua turut dipamerkan di Muzium Britain sempena pameran Hajj: Journey At The Heart Of Islam di tengah London, yang bermula semalam. - AFP LONDON 26 Jan. - Mu… Read More
  • Jamil Khir: Jawatankuasa pusat tangani isu murtadBANGI - Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam. Menteri di Jabatan Perdana M… Read More
  • Boleh cemar imej Nabi CABUT...sebahagian risalah kempen diambil untuk siasatan. PERIKSA...anggota penguat kuasa memeriksa tayangan slaid dalam komputer riba yang dirampas, semalam. IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS)… Read More
  • Berdosa percaya ramalan kiamat ENTRI blog johneox.wordpress.com mengaitkan kemungkinan berlaku kejadian huru-hara pada tahun 2012. Gambar kecil mohamad shukri. KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercaya… Read More

0 comments:

Post a Comment