29 June 2012

Cara Yahudi bunuh bayi melalui Khitan


Bagi kaum lelaki yang beragama islam diwajibkan melakukan sunat atau khatan melalui cara-cara yang diajarkan nabi Muhammad SAW. Ternyata tidak hanya umat Islam, di kalangan umat Yahudi pun, dikenali juga ritual khatan. Tentu saja dengan cara mereka sendiri.

Namun beberapa waktu lalu, ritual berkhatan ala Yahudi dilaporkan telah menyebabkan beberapa orang bayi di New York, Amerika Syarikat, menderita penyakit herpes yang berbahaya bagi keselamatannya.

Bahkan sebuah laporan menyebutkan, dalam 10 tahun terakhir dilaporkan sekurang-kurangnya dua orang bayi mati akibat tradisi ini, demikian dilaporkan oleh VivaNews.

Dalam kenyataan laporan Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Jabatan Kesihatan AS, seperti dilaporkan oleh Al-Arabiya, pada Khamis 7 Jun 2012 lalu, bayi-bayi tersebut mengidap jangkitan virus herpes simplex (HSV-1). Data dari tahun 2000 hingga 2011 menunjukkan enam kes yang sama berlaku juga di New York City.

Virus ini ditegaskan merebak pada alat kelamin bayi yang dikhatankan dengan menggunakan ritual Yahudi. Bayi yang baru lahir dipotong kulit kemaluannya oleh seorang dukun khatan atau yang disebut mohel dalam bahasa Bahasa Ibrani.

Selanjutnya dalam tradisi Yahudi, sang mohel kemudian menghisap darah pada luka pemotongan dengan mulutnya. Hal inilah yang kemudian menularkan HSV-1.

"Penghisapan oral pada luka terbuka berisiko merebakkan HSV-1 dan patogen lain bagi bayi yang baru lahir. khatan adalah prosedur bedah yang memotong sebahagian kulit, teknik ini harusnya menggunakan alat-alat steril demi mengurangkan jangkitan," tulisan CDC dalam Morbidity and Mortality Weekly Report .


Para pakar mengatakan bahawa HSV-1 adalah jangkitan biasa yang terdapat pada 90 peratus penduduk. Virus ini menyebabkan demam atau luka pada mulut, beberapa pada kelamin. Tidak ada ubat untuk menangkal virus ini.

Bagi orang dewasa, virus ini tidak berbahaya dan hilang dengan sendirinya. Namun bagi bayi, jangkitan HSV-1 boleh bermaksud kematian atau cacat kekal.

Seorang bayi yang terbunuh adalah satu dari bayi kembar di New York. Dalam pemeriksaan, kedua-dua bayi kembar mengidap HSV-1. Namun, bayi yang dikhatankan pertama oleh mohel telah menyebar virusnya dan menyebabkan bayi meninggal.

Dalam penyelidikan, tidak ditemukan riwayat penyakit herpes dari kedua-dua ibu bapa mahu 14 suster perawat bayi tersebut. Namun mohel yang menyunat bayi kembar itu positif mengidap HSV-1.

Related Posts:

  • Iran kirim RQ-170 ke Rumah PutihTEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washingto… Read More
  • Bencana jika serang IranMOSCOW: Serangan tentera Barat ke atas Iran akan menjadi malapetaka yang memburukkan lagi perpecahan sedia ada dalam dunia Islam, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam. Ketika ditanya dalam sidang akhbar tahunan… Read More
  • Belum ada keputusan serang loji nuklear TeheranBAITULMAQDIS: Sebarang keputusan oleh Israel sama ada untuk melancarkan serangan ke atas loji nuklaer Iran ‘masih terlalu jauh’, kata Menteri Pertahanannya, Ehud Barak (gambar), ketika ketegangan meningkat antara Iran dan … Read More
  • 16 terbunuh dalam dua serangan di selatan AfghanistanKANDAHAR: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera selepas dua letupan berasingan berlaku selepas pemberontakan tercetus di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, semalam, kata pegawai tempatan. Serang… Read More
  • Jumlah buruh kanak-kanak turun 2.3 juta dalam 5 tahunJAKARTA: Kerajaan semalam menyatakan terdapat lebih daripada 1.7 juta buruh kanak-kanak kebanyakannya perempuan masih dieksploitasi, bekerja dalam keadaan tempat kerja yang dahsyat di bandar besar di negara itu. Kementeria… Read More

0 comments:

Post a Comment