26 June 2012

Ulama' Arab Saudi fatwa haram berjihad ke Syria tanpa izin Pemerintah

Syaikh Ali Hakami, salah seorang ahli Dewan Ulama Senior Arab Saudi (Hai'ah Kibar Al Ulama) menfatwakan haramnya rakyat Saudi "Berjihad di Syria" tanpa izin dari kerajaan Arab Saudi.

Syaikh Ali Hakami, anggota Dewan Mahkamah Tertinggi mengatakan, "Kita harus bekerja sama dengan negara-negara mengenai pemberian sokongan terstruktur tanpa harus menentang Dasar pemerintah."

Seruan larangan 'berjihad' tanpa kebenaran kerajaan itu dikeluarkan Ali Hakami pada Khamis (7/6) pada beberapa minggu yang lalu, seperti dilaporkan dari France24. Sementara banyak ulama-ulama menyeru seruan jihad yang banyak beredar di laman rangkaian sosial di internet.

Syaikh Ali Hakami juga mengatakan dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh surat khabar tempatan "Asy-Syarq" bahawa "Sikap pemerintah Kerajaan Arab Saudi berkaitan isu Syria jelas dan positif, sehingga siapa pun tidak boleh menawarnya."

"Rakyat Syria yang tengah menghadapi kezaliman, ketidakadilan, penindasan, dan penekanan dari pemerintah yang sombong dan angkuh sangat memerlukan doa dan bantuan dengan segala cara yang tersedia, serta simpati pada mereka," tambahnya.

Namun ia menegaskan, "dalam medukung rakyat Syria harus selari dengan Dasar negara, dan semua hal harus terikat dengan peraturan mahkamah, sehingga tidak boleh bagi sesiapa pun melawan penguasa dan menyeru jihad dengan bentuk yang menunjukkan membangkang pada negara."

 Ia menambahkan pula, "beberapa tindakan yang dilakukan oleh individu akan membuat negara dalam kesulitan. Oleh kerana itu harus bekerja sama dengan negara-negara mengenai pemberian sokongan yang terstruktur, tanpa perlu menunjukkan membangkang pada pemerintah, kerana itu merupakan tindakan yang dilarang dan mungkar mengikut syariah Islam, selama negara sedang melakukan kewajipan sepenuhnya kepada rakyat Syria, dan itulah apa yang kami lihat secara jelas nyata, "ceritanya.

Sementara itu, Syaikh Abdullah al-Mutlak, ahli "Dewan Ulama Senior" yang lain yang juga anggota "Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa" mengatakan, "orang yang bertanggung jawab atas pertempuran dan jihad di Syria adalah tentera pembebasan Syria, dan itulah yang harus disokong . "

Sedangkan Syaikh Muhammad Al Arifi melalui pidato dan ceramahnya dengan berapi-api menyeru agar umat Islam membantu umat Islam di Syria dengan pelbagai cara sesuai dengan kemampuan semaksima yang boleh ditempuhnya. Syaikh Muhammad Al Arifi juga menyeru agar kaum muslimin bergabung dengan tentera pembebasan Syria untuk berjihad memerangi rejim Bashar Al Assad.

0 comments:

Post a Comment