26 June 2012

Taliban Afghanistan Penggal 7 kepala Tentara Pakistan

Tentera Pakistan pada Isnin lalu mengatakan bahawa tujuh tenteranya dipenggal oleh pasukan gerila yang menyusup dari Afghanistan.

Pihak tentera seperti disiarkan DAWN.COM melaporkan bahawa enam tentera terbunuh dalam tembak menembak dengan pasukan gerila pada hari Ahad. Mereka melintas dari Afghanistan menuju daerah di Hulu di barat laut.

Sementara pada hari Isnin, seorang pegawai tentera berkata 11 tentera juga hilang, "tujuh diantara tentera yang dijadikan sebagai tebusan telah terbunuh dipenggal. '

Jenazah para tentera yang terbunuh belum ditemui, namun perisikan meyakinkan bahawa para tentera itu telah terbunuh, kata pegawai tentera senior Pakistan.

Tentera mengatakan lebih dari 100 pasukan gerila menyeberang dari seberang sempadan untuk menyerang tentera yang berkawal.

Serangan Lebih Mengancam
Di tempat lain, Taliban Pakistan dari Puak Malakand mengaku bertanggung jawab atas serangan itu dan mengancam melakukan lebih banyak lagi serangan lain.

"Pertarungan kami akan berterusan hingga keberkesanan hukum syariah di Pakistan .... Kami akan melawan sesiapa yang cuba menghalang jalan kami," kata Sirajudin Ahmad, juru bercakap puak Malakand kepada Reuters.

Ahmad mendakwa kumpulannya telah mengorbankan 17 tentera Pakistan.

Taliban Puak Malakand dipimpin oleh Maulvi Fazlullah yang sebelumnya dikenali sebagai pemimpin Taliban di Lembah Swat, kira-kira 100 batu di barat laut Islamabad. Namun pada tahun 2009 wilayahnya digempur tentera Pakistan dan memaksanya melarikan diri.

Fazlullah juga dikenali sebagai pengasas radio Mullah FM yang mengandungi siaran propaganda Taliban.

0 comments:

Post a Comment