13 July 2012

Kerajaan Jerman Meyokong Amalan Bersunat

Kerajaan Jerman mengatakan komuniti Muslim dan Yahudi harus dibenarkan menjalankan khatan selepas mahkamah mengatakan amalan itu haram.
 
Jurucakap Canselor Jerman Angela Merkel mengatakan sunat merupakan amalan kebebasan beragama. Steffen Seibert mengatakan, "Sunat merupakan tanggung jawab dan amalan itu tidak boleh dihukum."
 
Komuniti Muslim dan Yahudi Eropah mengkritik ketetapan mahkamah regional Koeln di Jerman barat yang menyebutkan khitan merupakan amalan melukai tubuh. 

Bulan Jun lalu, Mahkamah serantau di Cologne di Jerman barat memutuskan bahawa sunat untuk alasan agama dinyatakan membahayakan dan dengan demikian dianggap suatu tindakan yang jahat. Kes ini timbul selepas seorang doktor yang melakukan sunat terhadap kanak-kanak berumur empat tahun dan berakhir dengan komplikasi.

Seibert mengatakan, "Setiap orang dalam kerajaan menetapkan bahawa kami menginginkan masyarakat Yahudi dan Muslim dapat menikmati kehidupan beragama mereka di Jerman."

Persatuan perubatan Jerman mengatakan kepada para doktor agar tidak melakukan amalan khitan menyusul keputusan mahkamah itu.
 
Doktor yang melakukan sunat kepada anak lelaki berusia empat tahun itu telah dipecat. Namun, ada yang menyatakan kebimbangan kes itu akan menjadi isu di mahkamah Jerman lain.
 
Masyarakat Muslim dan Yahudi di Jerman juga berupaya mempertahankan amalan sunat itu.

Dalam satu kenyataan bersama ditandatangani Persatuan Yahudi Eropah dan Kesatuan Islamis Jerman Turki-kedua komuniti mengatakan amalan khitan ini merupakan hak asasi.

  "Kami menganggap ini (sunat) sebagai hak agama dan hak-hak asasi kami," menurut soalan itu.

Related Posts:

  • Bahaya Ilmu saka merosakkan manusia IKHTIAR…apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya den… Read More
  • Subhanallah! Jasad Wanita Islam Berusia 700 Tahun Masih Sempurna Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur.Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun?… Read More
  • Pengusaha PUB Temui Hidayah Melalui Puisi Pedro di hadapan Masjid Kg Pandan, tempat dimana beliau melafazkan syahadah buat pertama kalinya    Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristia… Read More
  • Wanita: Trend Buka Tutup Jilbab Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka… Read More
  • Zidane Akui Hati Rasa Tenang Bila Solat Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum a… Read More

0 comments:

Post a Comment