6 July 2012

Muslimat Mesir Lancarkan Saluran TV Wajib Berpurdah

Saluran TV satelit pertama Mesir yang sepenuhnya dikendalikan oleh wanita yang mengenakan purdah akan dilancarkan pada 20 Julai, menandakan hari pertama bulan Ramadhan.

Semua pekerja di saluran baru yang bernama Maria, serta para tetamu yang menjadi pembicaraan dalam program-programnya adalah wanita yang mengenakan niqab atau purdah, menurut Safaa al-Refaie, pimpinan stesen TV baru tersebut.

"Niqab adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar," ujar Refaie seperti dilaporkan oleh akhbar pemerintah Mesir, al-Ahram. Dia menolak untuk mendedahkan sumber pembiayaan saluran tvnya.

Maria adalah nama dari salah satu isteri Nabi Muhammad saw, yang mempunyai latar belakang Kristian Koptik Mesir. Sebahagian besar program saluran baru ini akan fokus pada acara keagamaan dan kehidupan perkahwinan.

"Mesej kami akan diarahkan kepada perempuan Muslim, mengajar mereka sunnah Nabi Muhammad," kata Refaie.

Refaie menambah, saluran ini dibuka juga dengan maksud untuk mendapatkan kembali martabat perempuan dalam niqab. Selama beberapa dekad terakhir perempuan dengan niqab kerap dianiaya dan dikenakan pemutusan hubungan kerja. Ketika era bekas Presiden Mesir Husni Mubarak, pengenaan tudung dilarang di saluran TV Mesir. Pengacara perempuan tidak dibenarkan untuk muncul di skrin dengan memakai tudung.

Jika saluran tersebut menyiarkan program tentang suatu masalah dan tidak dapat mencari seorang penceramah yang memakai niqab, maka, menurut Refaie, saluran akan memberi mereka dua pilihan: baik untuk memakai niqab sementara selama program, atau wajah mereka dikaburkan saat program sedang ditayangkan.

Yasser Abdul Aziz, seorang ahli Media Mesir mengatakan bahawa ia menganggarkan saluran tersebut tidak akan mampu bertahan lama, walaupun mungkin menarik sejumlah besar penonton. Menurutnya, selama lima dekad terakhir, saluran yang mencapai puncak popular adalah mereka yang bergantung pada nilai-nilai sederhana.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir Negad al-Boraire menggambarkan Maria sebagai 'latihan' dari kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Ia mengatakan bahawa sekatan wanita tanpa tudung dalam program-program di Maria, bukanlah bentuk diskriminasi.

Sejak tumbangnya Mubarak, pada Februari 2011, aktivis Islam semakin menunjukkan peranan dalam perpolitikan di Mesir. Negara ini diperintah oleh Muhammad Mursi, yang mempunyai akar dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang dilarang di bawah pemerintahan Mubarak.

Related Posts:

  • Adab-adab Ibu ketika Mengandung Assalamualaikum,Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi k… Read More
  • Mata Diserang Cacing Di Sepanyol, seorang doktor terkejut apabila mendapati satu kes yang jarang ditemui atau kata lebih tepat, hanya seorang dari ribuan pesakit mengalami sakit pelik ini. Satu hari, seorang pesakit datang ke hospital dan bert… Read More
  • Subhanallah! Hanya dengan Jilbab wanita ini berjaya islamkan 7 Profesor Barat Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya.… Read More
  • Hukum Mereka Yang Suka Kencing Berdiri Hari ni saya ingin mengetengahkan persoalan yang sering saya fikirkan dan mungkin juga sudah lama menjadi tanda tanya kepada pembaca yang lain. Beberapa artikel yang saya baca menunjukkan jawapan yang lebih kurang sama un… Read More
  • Jangan sebut Perkataan "JANGAN" kepada Anak Sesiapa pun yang tahu berbahasa Malaysia tentu tahu perkataan "Jangan". Apa maksud jangan dengan kreativiti anak? Tak bolehkah kita berkata "Jangan" kepada anak? Ianya boleh menghilangkan kreativiti anak?Mesti ramai orang… Read More

0 comments:

Post a Comment