11 July 2012

Fobia Masjid Beralih ke Australia

Fobia Mengenai pembangunan masjid di negara Barat telah berpindah ke ibu negara Australia di mana sebuah masjid baru di kawasan Gungahlin menghadapi penentangan daripada kalangan penduduk meskipun mendapat persetujuan dari dewan masyarakat.

"Dewan masyarakat masih percaya area itu salah satu kawasan yang sesuai untuk Masjid dan kebimbangan tentang lalu lintas tidak akan terbukti jika sistem ring road yang dicadangkan telah mendapat penyelesaian," kata Majlis Komuniti Gungahlin dalam satu kenyataan

"Sampai saat ini belum ada aduan bahawa ada masalah tempat letak kenderaan atau lalu lintas dengan wilayah Way Valley."

Canberra Muslim Community telah memohon pembangunan bagi membina sebuah masjid dengan seramai 500 orang di wilayah Gungahlin. Walaupun Majlis Komuniti telah meluluskan permintaan komuniti muslim, rakyat telah mengemukakan aduan kepada badan kerajaan, Australian Capital Territory (ACT), terhadap tempat ibadah Muslim tersebut.

Para penentang mengatakan pembangunan masjid akan menimbulkan masalah lalu lintas, tempat letak kenderaan, dan kurangnya perundingan dengan warga asal Australia. Kerana mereka juga menganggap bahawa kewujudan rumah ibadah umat Islam itu tidak sesuai dengan nilai dan undang-undang Australia.

Penolakan lain yang ditanyakan kepada ACT adalah bahawa lembaga tersebut harus meyakinkan penduduk wilayah Gungahlin bahawa pusat Islam tersebut tidak dikendalikan oleh orang-orang yang dianggap mempunyai pandangan agama yang sangat kuat. Bahkan seorang penduduk menyatakan kebimbangan yang tidak berasas bahawa jika terdapat wanita berpurdah setelah masjid dibina maka mereka akan 'menakutkan' anak-anak di kawasan mereka.

Islam adalah agama kedua terbesar di Australia setelah Kristian. Muslim, yang telah berada di Australia selama lebih dari 200 tahun, membentuk 1.7 peratus daripada 20-juta penduduknya.

Namun, ramai rakyat yang terbuka untuk menyambut tempat ibadah Muslim, mengabaikan rasa kebimbangan yang dilafazkan oleh orang-orang yang agak fobia dengan kewujudan Islam di sana.

"Kerana itu saya sangat menyokong perkembangan ini. Hal ini sesuai dengan pusat bandar, reka bentuk yang tepat dan rangkaian jalan direka untuk menangani lonjakan lalu lintas," ungkap seorang rakyat melalui surat sokongan. Penduduk mencatat bahawa Masjid baru akan "melengkapkan dua gereja yang telah ada", idea yang sama oleh Majlis Komuniti Gungahlin.

"Dewan bandar tidak keberatan mengenai adanya lembaga keagamaan lain di pusat bandar dan akan terus menyokong pembangunan masjid di wilayah ini," kata dewan bandar dalam satu kenyataan.

0 comments:

Post a Comment