5 July 2012

Taliban Pakistan Kecam Keras Kemenangan Mursi

Jurucakap Taliban Pakistan Ihsanullah Ihsan mengecam keras kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Ihsanullah mengecam kerana kemenangan Muhammad Mursi didapati melalui jalan demokrasi, "Kerana demokrasi adalah tiang yang paling penting dari sekularisme, tidak ada parti Islam yang boleh dianggap Islam jika menerima demokrasi," kata Ihsanullah Ihsan.

Selanjutnnya dia berkata, "Kami akan menyebutnya sebagai kemenangan Islam dan Muslim jika ia dipilih dengan proses Islam dan dia bersetuju untuk sepenuhnya melaksanakan Syariah."

Di akhir pernyataannnya dia mempersoalkan sikap sebahagian warga mesir dan Pakistan yang bergembira atas kemenangan Mursi, "Kami merasa sangat pelik setelah menonton pemandangan orang bersukacita (atas kemenangan Mursi). Mengapa orang-orang Mesir, dan beberapa warga Pakistan juga jadi ikut berbahagia?."

0 comments:

Post a Comment