19 July 2012

Kumpulan tidak beragama Amerika ancam bakar al-Quran

Sebuah undang-undang yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang agama yang pelbagai di negara bahagian Pennsylvania ini mencetuskan ancaman dari kaum ateis untuk membakar Al-Quran sebagai protes atas polisi tersebut, mengundang badai kemarahan di negeri itu.

"Saya tidak punya agama dan untuk (DPR) menganggap bahawa kami menghormati buku-buku ini adalah hal bodoh," Ernest Perce, dari Harrisburg, pengarah kumpulan Ateis Amerika cabang Pennsylvania, seperti dikutip oleh The Washington Post dan dilaporkan oleh onislam.net, pada 18 Julai lalu.

Perce mengancam akan melakukan tindakan di Ibu kota negeri Pennsylvania untuk menodai Al-Qur'an pada bulan September jika undang-undang mengenai "Tahun Kepelbagaian Agama" diluluskan.

"Saya akan mengajak ateis lain datang dengan saya (untuk memprotes)," katanya.

Undang-undang yang dicadangkan mengatakan Al-Quran, Kitab, dan kitab suci agama serta buku-buku yang mengajarkan kebaikan harus dihargai dan dihormati oleh orang yang tidak mempunyai agama ataupun ateis.

Perce sendiri pernah masuk mahkamah kerana aksinya berpakaian zombie namun menamainya sebagai Nabi Muhammad saw. Para penganut ateis lain menyatakan bahawa dia pernah diserang oleh seorang Muslim kerana aksi 'zombie nabinya'. Aktivis ateis juga terlibat dalam menempatkan sebuah billboard yang menggambarkan seorang budak Afrika di Harrisburg.

Pada tahun 2010, pendeta asal Florida Terry Jones telah mencetuskan kecaman antarabangsa setelah mengumumkan rancangan untuk membakar Al-Qur'an pada hari peringatan serangan 9/11. Rencana itu telah mencetuskan protes keras di Afghanistan dan di tempat lain di negara Muslim, mengakibatkan beberapa orang meninggal dalam aksi mereka.

Pendeta radikal tersebut akhirnya membakar Al-Qur'an pula pada Mac 2011, menyusul serangan terhadap sebuah kompleks PBB di Afghanistan, yang menyebabkan beberapa orang terbunuh.

Rencana ateis 'untuk membakar Al-Qur'an telah mengundang kemarahan di Pennsylvania.

"Saya agak bingung oleh usaha untuk mencipta kontroversi di mana ada sebenarnya tidak perlu," kata Mark Cohen seorang ahli parlimen, yang menaja undang-undang, kepada website PennLive.

"Jika tujuannya adalah untuk melindungi rasa hormat pada ateis, itu merugikan diri (mereka) sendiri."

Douglas Jacobsen, seorang profesor sejarah gereja dan teologi di Messiah College, juga mengecam ancaman oleh ateis untuk membakar Al-Quran.

"Saya tidak menghormati kedudukan mereka," katanya.

Dia berpendapat bahawa media yang membuat liputan ancaman ateis malah membantu orang-orang ateis menyampaikan mesej mereka.

Survei Pengenalan Agama Amerika telah mendapati bahawa jumlah orang yang mendakwa "tidak bertuhan" naik dua kali ganda selama pada 18 tahun terakhir, membentuk 15 peratus daripada penduduk AS. Di beberapa negara bahagian seperti South Carolina, jumlah orang ateis lebih dari tiga kali ganda. Penelitian lain yang terbaru oleh Trinity College di Connecticut juga mendedahkan ateisme tumbuh di Amerika Syarikat. Salah satu penyebabnya tumbuhnya paham ateis di Amerika dianggarkan kerana banyaknya buku-buku anti agama yang membanjiri pasaran.

0 comments:

Post a Comment