27 July 2012

Islam Amerika seru boikot kurma keluaran Israel

Sebuah kumpulan Islam di Amerika Syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat melancarkan kempen nasional menyeru boikot atas kurma yang ditanam di tanah pertanian Israel yang merupakan tanah rampasan yang berada di Tebing Barat.

Muslim Amerika untuk Palestin (AMP) memulakan kempen "Ramadhan ini Pilih Kurma yang Adil: Pilih Kurma Bukan Jajahan," sebagai satu langkah dalam gerakan Boikot Pelepasan dan Tindakan (BDS) yang menyasarkan produk-produk Israel di pasaran antarabangsa.

BDS memulakan kempen tanpa kekerasannya sejak 2005 atas pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.

"Malangnya, ramai Islam tidak tahu sudah memakan kurma Israel, yang kebanyakan ditanam di kawasan penduduk Israel yang dibina secara haram di tanah warga Palestin," kata Awad Hamdan, pengarah program nasional AMP.

Awad menjelaskan, "ini berkait dengan pendidikan bagi masyarakat Amerika, komuniti muslim dan non muslim."

1 comment:

  1. Salam..
    Tetapi bagaimana pula kita hendak mengenali jenis kurma yang ditanam kat sana? Minta ada pihak yang bertanggungjawab mendedahkan hal ini secara terperinci.
    Terima kasih.

    ReplyDelete