12 July 2012

Muslim Yunani Gunakan Ruang Bawah Pangsapuri Untuk Solat

Permusuhan orang awam untuk mendirikan masjid dan krisis ekonomi yang teruk mengakibatkan penangguhan rancangan untuk membina tempat ibadah Muslim di Greece, memaksa jamaah untuk mencari tempat-tempat tidak terpakai untuk memenuhi kewajipan agama mereka.

"Semua agama-agama lain di sini - Yahudi, Buddha - mereka mempunyai sebuah tempat tetapi kita tidak," kata Osama Al-Najjar, 48, kata seorang pengawal industri minyak.

"Jika kami ingin mengamalkan agama kami, kami harus melakukannya dibawah tanah. Kami tidak melakukan sesuatu yang salah," katanya.

Muslim Yunani telah lama mencadangkan pembangunan sebuah masjid besar untuk menampung keperluan keagamaan minoriti Muslim yang terus berkembang. Meskipun mendapat bantahan yang kuat dari Gereja Ortodoks, pemerintahan Yunani telah berjanji untuk mengizinkan pembangunan sebuah masjid di Athens untuk melayani minoriti Muslim. Hal ini membuatkan Muslim Yunani tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan ruang bawah tanah pangsapuri, garaj dan gudang untuk beribadah.

"Siapa yang boleh datang ke sini dan beribadah lima kali sehari?" keluh Naim Elghandour, 57 tahun, ketua Persatuan Muslim Yunani, yang mendakwa mempunyai hampir 18,000 ahli.

"Semua masjid kecemasan tidak sah."

Dihiasi dengan menara masjid dua abad yang lalu, Athens belum mempunyai masjid yang berfungsi sejak akhir pemerintahan Ottoman di awal 1800-an. Sekitar 130 ruang bawah tanah atau gudang di Athens ketika ini berfungsi sebagai masjid sementara untuk 200,000 Muslim yang dianggarkan tinggal di ibu negara Greece. Puluhan ribu pendatang Muslim melakukan solat di rumah-rumah peribadi dan telah melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer ke utara Yunani untuk acara pernikahan, pengkebumian dan upacara lain.

Gereja Ortodoks telah  bertahun-tahun berkeras bahawa orang Yunani tidak bersedia untuk melihat sebuah menara masjid di pusat bandar Athens.

Selain tiada masjid, muslim di Yunani juga kekurangan imam atau ulama untuk membimbing keagamaan mereka.

Terdapat sekitar 1.3 peratus%  Muslim daripada penduduk di Greece Kristian Ortodoks, menurut data CIA. Athens merupakan rumah bagi sekitar 100,000 imigran Muslim Albania, Mesir, Pakistan, Bangladesh, Maghribi, Syria dan Nigeria.

Bersamaan dengan permasalahan krisis ekonomi, muslim di Yunani juga menghadapi masalah dari kumpulan anti Islam. Tahun lalu, umat Islam mengadakan solat terbuka di pusat bandar Athens untuk merayakan Aidil Adha, namun diganggu oleh penduduk tempatan yang melemparkan telur pada mereka dan memasang musik dengan kuat di rumah-rumah mereka.

0 comments:

Post a Comment