17 July 2012

Tentera Mesir terus bersikap kasar pada Ikhwanul Muslimin

Tentera Mesir bersikap kasar terhadap Ikhwanul Muslimin, mengatakan Angkatan Bersenjata tidak akan membiarkan negara Mesir didominasi oleh hanya satu kumpulan.

Kenyataan dari Ketua Dewan Tentera Marsekal Hussein Tantawi yang hanya datang beberapa jam selepas dia bertemu dengan Menteri Luar AS Hillary Clinton di Kaherah pada hari Ahad.

"Mesir tidak akan pernah jatuh. Mesir milik semua orang Mesir dan tidak untuk kumpulan tertentu, angkatan bersenjata tidak akan mengizinkannya,'' kata Tantawi kepada wartawan di bandar Ismailia, Terusan Suez.

"Angkatan bersenjata tidak akan membenarkan sesiapa pun, terutama yang didorong dari luar, untuk mengalihkan perhatian dari peranannya sebagai pelindung Mesir,'' tambah ketua Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (Supreme Council of the Armed Forces / scaf) tersebut.

Scaf mengambil alih kuasa pada Februari 2011 setelah rakyat Mesir melancarkan revolusi menentang rejim pro-Israel pada Januari, yang akhirnya menamatkan pemerintahan kuku besi selama 30 tahun bekas Presiden Hosni Mubarak.

Beberapa hari sebelum presiden pertama Mesir yang terpilih, Mohamed Mursi, dilantik pada tarikh 30 Jun, parlimen Mesir yang majoritinya mengandungi tentera-tentera Ikhwanul Muslimin dibubarkan oleh scaf yang disokong Mahkamah Agung.

Related Posts:

  • Rakan berburu disangka rusa JALAN masuk ke Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang menjadi tempat Yaseer mati tertembak rakan sendiri ketika berburu rusa kelmarin. HULU TERENGGANU - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kej… Read More
  • Pekerja wanita Indonesia mati ditikam KUALA LUMPUR 28 Januari 2012 - Seorang pekerja restoran wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan beberapa tikaman di badan dipercayai disamun da… Read More
  • Pekerja restoran maut, majikannya parah diserangKUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran mati dan majikannya parah selepas diserang sekumpulan lelaki mabuk dalam pergaduhan kerana enggan membayar makanan dan minuman di sebuah restoran dekat Desa Jaya, Selayang, di sini a… Read More
  • Pelayan ditetak sampai mati ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah restoran yang menyebabkan Ching Chon mati ditetak di Kepong, Kuala Lumpur semalam. KEPONG – Sekumpulan tujuh lelaki mabuk bertindak melampaui batas apabila bukan sahaja enggan m… Read More
  • Cuba bunuh diri sebab tertekan CUBAAN seorang pelajar Pakistan untuk terjun dari tingkat 24 di Pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil dapat digagalkan selepas dipujuk polis dan ahli keluarganya semalam. KUALA LUMPUR - Niat seorang pelajar warga Pakista… Read More

0 comments:

Post a Comment