8 July 2012

Kemarahan pemimpin Islam, Yahudi dan Kristian Jerman atas larangan khitan anak lelaki

Pemimpin Muslim Jerman telah mendesak parlimen untuk meluluskan peraturan perlindungan sunat/berkhatan bagi memastikan kebebasan beragama setelah keputusan mahkamah melarang amalan ketika dilakukan dengan alasan agama.

"Kami menyeru kepada Bundestag Jerman (majlis rendah) dan kerajaan untuk bertindak secepat mungkin bagi menamatkan kekeliruan undang-undang ini dan menetapkan perlindungan undang-undang yang membolehkan bagi khitan pada anak lelaki," Gurcan Mert dari Uni Islam Turki berbincang juga atas nama masyarakat Islam yang lain, kepada agence France Presse (AFP).

Uni Islam Turki adalah salah sebuah daripada 20 organisasi yang mewakili sebahagian besar umat Islam Jerman yang mendesak parlimen untuk memastikan kebebasan agama bagi minoriti sejak adanya peraturan 26 Jun lalu yang melarang khitan untuk anak lelaki.

Bulan Jun lalu, Mahkamah serantau di Cologne di Jerman barat memutuskan bahawa sunat untuk alasan agama dinyatakan membahayakan dan dengan demikian dianggap suatu tindakan kejahatan. Keputusan itu terjadi ketika seorang kanak-kanak empat tahun Islam di sunat oleh seorang doktor Jerman atas kehendak ibu bapanya. Mahkamah memutuskan bahawa anak usia 4 tahun dianggap belum cukup umur untuk disunat dan ibu bapanya harus menunggunya sehingga dianggap lebih bersiap sedia. Namun keputusan tersebut juga tidak memberikan batasan minimum untuk kanak-kanak semasa disunatkan.

Bagi Yahudi menyunat bayi lelaki lapan hari selepas dilahirkan adalah untuk mengingat perjanjian mereka dengan Allah. Waktu untuk sunat bagi umat Islam berbeza dengan budaya keluarga, daerah dan negara.

Keputusan kontroversi mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin Islam, Yahudi dan Kristian, yang mengecam keputusan tersebut sebagai ganguan serius kepada kebebasan beragama.

"Keputusan itu menandakan pukulan yang hebat terhadap integrasi", kata Ali Kizilkaya, juru bicara Dewan Penyelarasan Muslim di Jerman.

"Jerman adalah negara yang berdasarkan undang-undang, di mana hak dalam kebebasan agama tertentu sangat penting dan saya berfikir bahawa larangan (sunat) tidak baik bagi Jerman dan konsep hak asasi," katanya.

0 comments:

Post a Comment