8 July 2012

Lelaki Iraq Letup Bom keluarga sendiri kerana pro dengan kerajaan Syiah

BAGHDAD - Seorang lelaki meledakkan bom terhadap ahli keluarganya sendiri di Iraq barat. Aksi ini membunuh sepupunya sendiri yang pro dengan kerajaan syi'ah dan enam kerabat yang lain, kata para pegawai pada Sabtu lalu.

Serangan itu menyasarkan pemimpin Sahwa (Syiah) di bandar Ramadi. Pembunuhan itu merupakan sebahagian daripada keganasan enam bulan selepas pasukan Amerika mundur.

Pengebom memasuki rumah sepupunya, pemimpin Sahwa tempatan, pada Jumaat malam ketika  ahli keluarganya  berkumpul untuk makan, kata seorang pegawai polis di Ramadi, ibu kota provinsi Anbar, 115 kilometer (70 batu) barat Baghdad.

Dia mendekati sepupunya dan meledakkan bom, membunuh sasaran serta isterinya, tiga anak-anak remaja mereka, saudaranya dan orang-orang yang berada disitu, kata pegawai itu.

Seorang pekerja rumah sakit di Ramadi mengesahkan kejadian yang mengorbankan beberapa orang itu. Kedua-dua pejabat berbicara tanpa mahu disebut identitinya kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengeluarkan maklumat.

Anbar adalah wilayah Sunni di mana suku pertama memberontak melawan Al Qaeda pada akhir tahun 2006 dan 2007, bergabung dengan pasukan AS untuk memerangi pemberontakan.

Gerakan ini disebut Sahwa atau Kebangkitan. Para anggota Sahwa adalah target kelompok perlawanan Sunni, yang melihat mereka sebagai pengkhianat.

Pasukan Amerika terakhir meninggalkan Iraq pada 18 Disember, hampir sembilan tahun selepas memimpin pencerobohan untuk menggulingkan diktator Saddam Hussein. Segera setelah pengeluaran, Al-Qaeda melancarkan gelombang berdarah pengeboman dan pembunuhan yang mensasarkan orang-orang pro kerajaan syiah.

Serangan itu sedikit berkurang sejak Januari, tapi mulai awal Jun, pengeboman besar terus terjadi hampir setiap hari, mengorbankan sekurang-kurangnya 300 orang.

Related Posts:

  • Duka di hari perkahwinanDUNGUN: Kegembiraan rombongan pengantin lelaki yang dalam perjalanan meraikan majlis perkahwinan bertukar duka apabila sebuah kereta yang berkonvoi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan… Read More
  • Sektor awam catat 8,174 kemalanganKUALA LUMPUR: Pihak majikan dan pekerja perlu sentiasa bekerjasama dalam soal keselamatan di tempat kerja bagi mengurangkan kadar kemalangan serta mengelak daripada perkara terbabit terus terjadi, kata Timbalan Menteri Sum… Read More
  • Pengguna motosikal catat kematian paling tinggi tahun lepasKUALA LUMPUR: Seramai 4,070 pengguna motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang tahun lepas, jumlah yang paling tinggi berbanding pengguna jalan raya lain. Lebih separuh daripada jumlah keseluruh… Read More
  • Tujuh kenderaan remuk disondol loriKOTA BHARU: Gara-gara bimbangkan keselamatan diri, seorang pemandu lori ‘ghaib’ sebaik kenderaan dipandu melanggar tujuh kenderaan lain di hadapannya hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam kemalangan di Jalan Yak… Read More
  • 12 pekerja kilang maut ditimpa besi leburBEIJING: Seramai 12 pekerja kilang besi terbunuh apabila ditimba besi lebur yang melimpah dari sebuah relau di Nanjing, lapor Xinhua, semalam. Agensi berita itu melaporkan, pekerja berkenaan sedang cuba menghentikan operas… Read More

0 comments:

Post a Comment