31 July 2012

Saudara kita di Gaza sambut Ramadhan dalam kegelapan

Bercahayakan lilin warga Gaza untuk menyediakan berbuka puasa Ramadhan mereka dalam kegelapan kerana pemadaman elektrik setiap hari.

"Kami tidak dapat menyalakan kipas angin kerana elektrik telah diputuskan," Abu Khaled Abu Arab seorang pekerja pembinaan berkata kepada agensi berita Bernama pada hari Isnin, 30 Julai semalam, sebagaimana diberitakan oleh onislam.net.

"Tidak ada tanda-tanda kehidupan di sini."

1.6 juta rakyat Gaza harus rela hidup tanpa elektrik dalam sepertiga hari setiap hari selama bulan Ramadhan ini. Bekalan elektrik di Gaza sangat kurang terutama setelah rosaknya infrastruktur dalam serangan besar Israel pada tahun 2008. Israel mengebom penjanaan elektrik yang ada di Jalur Gaza hingga menghancurkan 6 transformator dan hanya 1 yang masih boleh beroperasi. Situasi ini menambah dugaan Islam Gaza kerana Ramadhan, yang bermula pada 20 July, jatuh di musim panas.

Tinggal di sebuah rumah tumpangan di kem pelarian Shatii, rumah bagi 65,000 pelarian, Abu Khaled dan lima anaknya harus berbuka puasa Ramadhan dengan cepat sebelum suasana rimas dan panas menerpa. Sekurang-kurangnya, ia mencari udara segar di luar rumah yang sederhana untuk melarikan diri dari panas terik di rumah yang terdiri dari dua bilik itu.

"Selama waktu berbuka kami harus menghapuskan keringat setiap saat, bukannya menikmati makanan," kata Abu Khaled.

Kerana setiap malam ada pemadaman elektrik, maka saat berbuka dan sahur akan terdengar suara raungan generator elektrik di setiap sudut kota dan di kem-kem pelarian. Namun, kerana kekurangan dan mahalnya harga bahan bakar, rakyat Gaza banyak yang tidak boleh menjalankan generator mereka.
 
"BBM sangat mahal sekarang," kata Abu Khaled, 43.

"Saya harus berjimat untuk memenuhi keperluan asas keluarga saya," katanya, merujuk pada krisis bahan bakar di daerah Gaza.

Harga bahan bakar naik dua kali ganda dari tahun lalu. Krisis bahan bakar meningkat ketika Mesir memutuskan untuk mengurangkan jumlah bahan bakar yang dihantar ke Gaza.

Bagi kebanyakan rakyat Gaza, pantai adalah tempat istimewa untuk melepas kepenatan. Saat matahari terbenam, Murad Sayed mulai mempersiapkan buka bersama di pantai dengan keluarganya. Dengan tidak adanya elektrik yang terdapat di rumahnya, mereka berkunjung ke pantai untuk mengatasi cuaca terik panas di rumah.

"Berbuka puasa di pantai jauh lebih baik dari pada di rumah," kata Sayed anak sulung, Ahmed, yang berusia 12 tahun.

"Di rumah, kami terseksa kerana tidak ada kuasa, tidak ada cahaya dan tidak ada kipas angin."

0 comments:

Post a Comment