27 July 2012

Ketua katolik Tertinggi di Amerika Di Penjara Kerana Tutup kes Jenayah Sex di Gereja

Seorang ketua Katolik Rom yang menjadi ketua gereja tertinggi di Amerika Syarikat yang bakal dihukum kerana menutupi kes gangguan seks terhadap kanak-kanak, Monsignor William Lynn, telah dijatuhi hukuman tiga hingga enam tahun penjara.

Lynn, yang sebelumnya bertugas menyiasat laporan penyalahgunaan di Daerah ketua katolik Agung antara tahun 1992-2004, bulan lalu didapati bersalah atas satu tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Peguam telah membela Lynn untuk mengelakkan dipenjara, tetapi Hakim Teresa Sarmina, pada Selasa (26/7) lalu tetap menjatuhkan hukuman maksimum antara tiga setengah sampai tujuh tahun.

"Kira-kira tiga hingga enam tahun," kata seorang pegawai di mahkamah di Philadelphia.

Lynn, 61, yang dipanggil oleh mahkamah sebagai saksi selama tiga hari dalam 10 minggu persidangan, tidak dikenakan tuduhan menganiaya atau mengganggu kanak-kanak, melainkan dinyatakan bersalah kerana menutupi kejahatan para paderi yang melakukan gangguan sex terhadap kanak-kanak.

Keluarga mangsa dan para penyokongnya memuji keputusan mahkamah itu. Mereka menyebut ini sebagai langkah ke hadapan yang besar kerana mahkamah telah mengakui bahawa Lynn telah membahayakan kanak-kanak.

Sidang mahkamah pertama di AS yang melibatkan seorang pegawai kanan dalam lingkungan Gereja Katolik itu juga menyidangkan dua paderi Philadelphia lain.

Pastur James Brennan, yang digantung dari tugasnya sebagai seorang imam, didakwa melakukan percubaan perkosaan terhadap seorang anak remaja pada tahun 1990-an.

Selanjutnya, Pastur Edward Avery mengaku bersalah pada malam pengadilan. Avery dijatuhi hukuman antara 2.5 atau lima tahun penjara.

Selama persidangan, mahkamah memperdengarkan kesaksian yang menggambarkan gangguan seksual di wilayah ketu katolik Agung Philadelphia.

Related Posts:

  • Iran kirim RQ-170 ke Rumah PutihTEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washingto… Read More
  • ‘Servis penghantar susu ibu’ SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam. Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat… Read More
  • 16 terbunuh dalam dua serangan di selatan AfghanistanKANDAHAR: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera selepas dua letupan berasingan berlaku selepas pemberontakan tercetus di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, semalam, kata pegawai tempatan. Serang… Read More
  • Belum ada keputusan serang loji nuklear TeheranBAITULMAQDIS: Sebarang keputusan oleh Israel sama ada untuk melancarkan serangan ke atas loji nuklaer Iran ‘masih terlalu jauh’, kata Menteri Pertahanannya, Ehud Barak (gambar), ketika ketegangan meningkat antara Iran dan … Read More
  • Penggodam Israel balas dendam serangan Arab SaudiRIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber. Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham … Read More

0 comments:

Post a Comment