24 July 2012

Liga Arab Tawarkan Perlindungan untuk Bashar Al-Assad

Liga Arab menyusun senario untuk "menyelamatkan air muka" Presiden Syria, Bashar Al-Assad. Setiausaha Agung Kesatuan Arab, Nabil Elaraby, menyatakan organisasinya akan menawarkan jalan selamat bagi Assad dan keluarganya asal mahu meletakkan  jawatannya dan meninggalkan negeri itu.

Pilihan ini telah dibincangkan dengan pertemuan menteri luar negeri Kesatuan Arab pada Isnin (23/7) pagi semalam.

"Kami tawarkan jalan keluar yang selamat jika dia mahu," ujarnya.

Posisi Assad dikhabarkan semakin terdesak walaupun pada Ahad lalu pasukannya sempat mampu menyerang balik dan menguasai kembali kota-kota di sekitar Damsyik yang sebelumnya diduduki pejuang pembangkang.

Kesatuan Arab juga berjanji akan memberikan bantuan 100 juta dolar AS untuk pelarian Syria di negara jiran. Sebelumnya, Presiden Tunisia, Moncef Marzouki, juga pernah mengajukan tawaran sama, yang tak dilayan Assad.

0 comments:

Post a Comment