25 March 2012

Bandar-bandar paling sesak di dunia

Kita sering beranggapan bahawa Kuala Lumpur adalah pusat bandar yang sangat sesak. Walaupun begitu kita masih belum mengetahui bagaimana keadaan negara-negara lain di luar sana, sehingga kita terus membuat kesimpulan bahawa Kuala Lumpur adalah bandar yang sesak di dunia.

Tapi apakah anda semua tahu, bahawa ternyata ada bandar yang lebih sesak dari negara kita, ternyata masih banyak sekali bandar-bandar yang lebih sesak. Malah ada yang lebih dari bepuluh-puluh bandar. Berikut saya akan paparkan senarai 10 bandar besar yang paling sesak berdasarkan survey badan tata bandar negara antarabangsa:

1) Tokyo, Japan
Walaupun sudah mempunyai monorel dan keretapi paling laju di dunia, tetapi penduduk Tokyo masih tidak dapat mengelak daripada kesesakan bagi para pemandu kereta. Malah Tokyo Traffic Control center terpaksa beroperasi 24 jam tanpa henti.

 2) Los Angeles, Amerika Syarikat
Sudah menjadi rahsia umum kalau LA adalah bandar yang mempunyai kesesakan yang teruk. Walaupun sudah mempunyai banyak jalan tol, jambatan, dan laluan alternatif, LA masih tetap termasuk dalam senarai top-10 bandar paling sesak di dunia.

3) São Paulo, Brazil
Pernah tercatat dalam sejarah pernah mengalami kesesakan sepanjang 166 batu (266 km) dari 522 batu (835 km) panjang jalan. Rata-rata 1000 kereta baru setiap hari.

4) Bangkok, Thailand
Basikal boleh menyeberang dan melepasi jalan yang ramai tanpa tanda amaran, Begitu juga kenderaan lain. Para pelancong menilai fenomena ini sebagai real chaos dari kesesakan.

5) Moscow, Russia
Kesesakan paling teruk terjadi sewaktu musim sejuk kerana jalannya tidak boleh digunakan kerana membeku.

6) Shanghai, China
 Lima tahun jumlah kendaraan baru meningkat dari 7000 hingga 170000 buah.

7) Mumbai, India
Kesesakan berlaku kerana beberapa faktor: Cuaca buruk (hujan lebat), jalan yang rosak, dan jumlah kenderaan yang tinggi, dan banyak pelancong yang komplain mengenai kualiti udara disana.

8) Mexico
Untuk mengurangkan jumlah kenderaan, kerajaan Mexico telah mengeluarkan peraturan special Callendar, tetapi nampaknya tidak juga berkesan.

9) New York, USA
Salah satu bandar di US yang mempunyai kesesakan paling teruk. New York kelihatan selalu tidak mempunyai ruang yang cukup untuk segalanya.

10) Seоul, Korea
Penduduk Seoul menjadi lebih makmur, dan dengan pemasaran kereta asia, mereka mula membeli kereta baru.     

0 comments:

Post a Comment