22 March 2012

Promosikan website Al-Qaeda dipenjara 5 tahun

Seorang lelaki Syria yang tinggal di German pada hari Khamis ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara, setelah ia didakwa mempromosikan website Al Qaidah dan website kumpulan yang dianggap pengganas lain di internet.


Pihak berkuasa berkeyakinan, bahawa lelaki bernama Hussam S memainkan peranan penting dalam propaganda kumpulan 'ekstremis' Islam menggunakan website dengan bahasa German.


Mahkamah Tinggi di bandar Koblenz menjatuhkan hukuman penjara lima tahun, kerana Hussam dituduh bersalah atas 44 tuduhan penerbitan propaganda dalam talian untuk kumpulan 'pengganas' asing seperti Al Qaeda.


Hussam merupakan lelaki kelahiran Syria dan tinggal di German sejak 1990. Baru-baru ini ia didaftarkan sebagai mahasiswa di sebuah universiti German, padahal ia telah ditangkap polis sejak Julai 2010 dan sejak itu menjalani proses perbicaraan. Peguam Persekutuan German sendiri menuntut hukuman lima tahun setengah.


Menurut dakwaan terhadap Hussam S, dia adalah salah satu yang dianggap bertanggung jawab atas 'propaganda jihad di internet dalam bahasa Jerman'. Peguam merekodkan, terutamanya Hussam dipercayai telah memposting video seorang warga Amerika yang dipenggal Al Qaidah di website.


Dalam mesej yang ditulis Hussam di internet, ia menyatakan bahawa Muslim harus menginfakkan wang atau menyertai jihad sebagai syahid bagi Al Qaeda, Islamic Jihad Union dan Gerakan Islam Uzbekistan. Peguam mendakwa Hussam sebagai "pendekar Media" atas peranannya selama ini.


Website yang dikendalikan Hussam S tersebut saat ini dikhabarkan telah ditutup setelah penangkapannya pada Julai 2010 lalu.

Related Posts:

  • Ketua 'Baju Merah' sertai KabinetBANGKOK - Pemimpin kumpulan 'Baju Merah' yang didakwa atas tuduhan keganasan semasa protes antikerajaan pada 2010, merupakan antara muka baru yang dipilih menyertai Kabinet Thailand dalam rombakan terbaru, yang mencetuskan… Read More
  • Wanita terkaya dihukum mati Wu Ying diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah di Zhejiang atas tuduhan menipu. - AGENSI SHANGHAI 19 Jan. - Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah ter… Read More
  • Palestin terus diiktirafThailand negara ke-131 perakui kemerdekaan Palestin NEW YORK: Thailand mengiktiraf negara merdeka Palestin semalam, langkah dipuji pemimpin Palestin yang semakin bersemangat meningkatkan imej di mata dunia di tengah kebun… Read More
  • Kematian pertama H5N1 di VietnamHANOI - Vietnam hari ini melaporkan kematian pertama akibat selesema burung dalam tempoh dua tahun, ketika virus sama turut mengorbankan seorang kanak-kanak di Kemboja. Kebimbangan tentang virus influenza semakin meningkat… Read More
  • Guru muzik Saddam perompakMELBOURNE: Pemuzik di majlis perkahwinan yang satu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai guru muzik kepada bekas Presiden Saddam Hussein, dihukum penjara lima tahun mahkamah Australia kerana memecah masuk rumah dua wanita … Read More

0 comments:

Post a Comment