21 March 2012

Pembohongan besar NASA tentang plenet lain boleh dihuni manusia

Ahli fizik terkemuka Stephen Hawking W berkata,'' Jika umat manusia ingin hidup di masa akan datang, mereka harus mencari bumi lain di luar sistem matahari.''

Penemuan terbaru Badan Angkasa Amerika (NASA), mengungkapkan, adanya planet terdekat yang mirip bumi. Kepler-22b, adalah sebuah planet berukuran dua bumi yang mengelilingi di zon bernama 'Goldilocks' dan terletak di buruj Cygnus.

Planet ini dipercayai Saintis NASA mempunyai zon air dan berpotensi memiliki kehidupan. Penyelidik NASA dari Ames Research Center, Bill Borucki mengatakan Saiz Kepler-22b adalah 2,4 kali lebih besar dari Bumi, tahun orbitnya selama satu tahun adalah 290 hari.

"Tapi bintangnya agak redup berbanding matahari dan lebih kecil, sehingga Kepler-22b mungkin mempunyai suhu mirip Bumi," katanya.

Sayangnya, saintis belum dapat memperincikan lebih jelas komposisi Kepler-22b. Apakah didominasi oleh batu, cecair atau gas, yang berpadanan dengan kehidupan manusia untuk dihuni.

Selain itu, planet Kepler-22b ini terletak 600 tahun cahaya dari bumi. Dimana dalam masalah fizik satu tahun cahaya sama dengan lebih daripada 9 trillion Km. Maksudnya planet yang dianggap berdekatan dan berpotensi mempunyai kehidupan ini terletak 500 ribu trillion Km dari bumi.

Para saintis barat berkeras adanya 'bumi' lain, Namun Al-Quran menguatkan bahawa hanya bumilah satu-satunya planet yang sesuai untuk kehidupan manusia.

Al-Quran telah menjelaskan kepada manusia bahawa bumi adalah satu-satunya tempat yang paling ideal untuk dihuni. Sehingga hari ini, Ulama menjelaskan bahawa Al-Quran menjanjikan hanya bumilah satu-satunya tempat yang layak untuk dihunin oleh umat manusia.

"Allah berfirman: di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan di bumi itu pula kamu akan dibangkitkan," (QS Al-A'raf [7]: 25).

Dalam surah Taha ayat 55, Allah SWT berfiman,'' Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu, dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu, dan darinya Kami akan mengembalikan kamu pada kali yang lain. "

Meskipun begitu, Allah SWT melalui firmannya dalam Al-Quran memberikan kebebasan kepada manusia untuk menerokai penjuru langit. Termasuk bumi atau alam semesta sesuai dengan kemampuan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia.

"Wahai sekalian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan (ilmu pengetahuan)" (QS Ar-Rahman 33).

0 comments:

Post a Comment