14 March 2012

Mufti Al-Azhar Seru semua Pimpinan Negara Arab Bersatu untuk Perjuangkan Palestin

Mufti Al-Azhar Syeikh Dr. Ahmad Thayyib menekankan pentingnya campur tangan sejumlah pimpinan negara Arab dan Islam untuk menghentikan pencabulan Israel dan serangannya ke Gaza, serta pencerobohan di Al-Quds dan Al-Aqsa.

Imam Besar Al-Azhar menyatakan, "Palestin merupakan tempat penderitaan, sudah sewajibnya bagi para pemimpin di dunia Arab dan kaum muslimin mempelajari sejarah meskipun dari tangan musuh mereka.

Sesungguhnya Al-Aqsa tidak akan merdeka dan nyawa tidak akan dilindungi, kehormatan kaum muslimin dan Kristian tidak dapat diraih kecuali dengan kebangkitan orang-orang Arab, strategi baru dan sikap yang serius perlu kita fikirkan. "Sebagaimana dipetik dari Pusat Maklumat Palestin.

0 comments:

Post a Comment