22 March 2012

Israel beli lagi kapal selam nuklear dengan German

Israel telah melakukan transaksi pembelian sebuah kapal selam nuklear yang keenam dengan sekutunya, German.

Radio Israel melaporkan, Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang ketika ini berada di German, akan menandatangani deal tentera dengan sekutunya, Thomas de Maizière, berkaitan penambahan senjata laut Israel dengan kapal selam keenam jenis Dolphin yang mampu membawa teknologi nuklear dan peranti perisikan canggih.

Disebutkan bahawa pasukan israel sekarang ini mempunyai 3 kapal selam jenis Dolphin, sementara dua yang lain masih dalam tahap pembikinan di German, yang dijangka akan diterima Marin Israel pada akhir tahun 2012 ini.

Kerajaan Jerman bersetuju untuk membiayai sebahagian dari transaksi tersebut, kerana mereka menganggap Israel sebagai pelanggan utama. Kerajaan Jerman bahkan menutup sepertiga pembiayaannya kira-kira $ 178.000.000 dan memberikan pinjaman perisian khusus untuk Israel dalam membayar bakinya.

Transaksi ini membuktikan "kuatnya komitmen German menyokong keselamatan Israel," seperti yang disebutkan dalam media dari Berlin.

Pada selasa (20/03/2012 lalu, Menteri Pertahanan German, Thomas de Maizière, telah mengumumkan bahawa German akan menjual kepada Israel sekurang-kurangnya satu lagi kapal selam Dolphin.

Related Posts:

  • Dunia pasca-Konsensus Washington Perkembangan sejak penghujung 1990-an telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam imbangan kuasa dan pengaruh kuasa-kuasa ekonomi dunia. Selain kumpulan lapan negara industri G8, perhatian dunia kini semakin banyak tertump… Read More
  • Perang media dan persaingan kuasa dunia ArabKebangkitan rakyat di Asia Barat meningkatkan profil media baharu dan jaringan sosial yang dikaitkan sebagai penyumbang besar kepada perubahan politik serantau itu. Alat dalam media baharu seperti blog dan jaringan sosial d… Read More
  • Asia Tengah selepas Asia BaratKebangkitan rakyat di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara yang bermula sejak hujung tahun lalu didorong faktor domestik yang sama bagi semua negara, iaitu pemerintahan autoritarian yang berdekad dan berciri dinastik.… Read More
  • Dari revolusi ke kancah perang saudaraPemimpin Libya, Muammar Ghadafi memang menunggu saat kejatuhannya. Tetapi kejatuhan Ghadafi tidak secepat kejatuhan Ben Ali Tunisia dan Hosni Mubarak, Mesir. Bukan setakat Ghadafi yang menunggu saat digulingkan.Ramai lagi… Read More
  • Sejauh mana Iran berperanan di Bahrain? Negara-negara Arab di Teluk Parsi yang bergabung dalam blok Majlis Kerjasama Teluk, GCC, telah mengeluarkan kenyataan tegas menolak campur tangan Iran di Bahrain, negara kecil wilayah itu yang menhadapi protes rakyat pad… Read More

0 comments:

Post a Comment