23 March 2012

Selera Pantai Timur


KEPELBAGAIAN hidangan tradisi sarapan pagi masyarakat Pantai Timur menggamit pengunjung ke Kelantan Delights, Subang Jaya.


SEBUT mengenai menu sarapan popular di Kelantan, pasti ramai membayangkan keenakan nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi tumpang yang kaya dengan aroma serta rempah ratus memikat selera.

Tidak ketinggalan laksam, sate dan aneka kuih seperti cek mek molek, pulut pagi serta ondeh-ondeh.
Jika itu yang diinginkan, apa kata berkunjung ke Kelantan Delights yang terletak di Wisma Consplant, SS16, Subang Jaya, Selangor.

Lokasi yang cukup strategik berhampiran dengan pusat beli-belah terkenal Subang Parade dan Empire Gallery itu memudahkan sesiapa sahaja mengunjunginya.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah, promosi yang bermula sejak Februari lalu itu diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad dari pukul 8 hingga 11 pagi.

Katanya, melalui promosi berkenaan pelanggan berpeluang menikmati pelbagai sajian sarapan pagi yang popular negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada kadar antara RM2 hingga RM7.

“Selain nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang, salah satu menu yang sukar dijumpa pada hari ini serta wajib dicuba ialah nasi tumpang.

“Penyediaannya agak rumit dengan kombinasi nasi himpit bersama telur, serunding dan ikan yang dibalut di dalam daun pisang,” jelasnya.

Juhaidi berkata, bagi mereka yang mahukan sesuatu selain hidangan nasi, boleh mencuba laksam.

Potongan laksam yang diperbuat daripada tepung beras dipadankan dengan kuah putih pekat daripada santan dan ikan selain disertakan telur, serunding bersama ulam-ulaman pasti merangsang selera.

Related Posts:

  • Kisah Benar : Taubat Nasuha dari Seorang Pramugari Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.  Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada… Read More
  • Kenapa Wanita Tak Sanggup Dimadukan? Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatka… Read More
  • Perbualan Wanita Seksi Dan Seorang Ustaz Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!” Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…” Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni … Read More
  • 6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim 1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 2… Read More
  • Kucing pun ada perasaan kasih sayang . . . Sila Ke Bawah . v v . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . … Read More

0 comments:

Post a Comment