27 March 2012

2 orang lagi tentera NATO ditembak mati oleh tentera Afghanistan

Seorang lelaki bersenjata dengan seragam tentera Afghanistan membunuh dua tentera NATO di Afghanistan selatan pada hari Isnin semalam. Kematian dua tentera NATO ini telah diakui oleh Angkatan Antarabangsa Pasukan Bantuan Keselamatan itu.

Penyerang menembak mati dua tentera NATO, kandungan kenyataan ISAF hari ini. Namun NATO ISAF tidak memberikan identiti mahupun kewarganegaraan dua tentera yang terbunuh itu.

Insiden ini terjadi di Lashkar Gah di wilayah Helmand selatan, dari satu sumber keselamatan di Afghanistan seperti disiarkan Reuters.

Sebelum serangan hari ini, sudah ada 13 ahli NATO yang terbunuh diserang oleh tentera Afghanistan sendiri, yang seharusnya menjadi rakan mereka dalam menumpaskan Taliban.

Dalam insiden hari ini, menurut laporan NATO tentera Afghanistan itu telah ditembak mati selepas melakukan serangan.

Sejak Mei 2007 hingga Januari tahun ini, kira-kira 70 tentera NATO terbunuh di dalam kem tentera mereka, dengan apa yang mereka sebut sebagai "serangan orang dalam".

0 comments:

Post a Comment