22 March 2012

Perancis tuduh Muhammad Merah atas serangan sekolah Yahudi

Muhammad Merah tertuduh dalam penembakan di sekolah Yahudi di Perancis. Sehingga hari ini sebuah rumah  di bandar Tolouse Perancis dikepung sejak dua hari yang lalu. Pada awalnya pihak keselamatan menyangka pelaku penembakan itu adalah dari kumpulan Neo-Nazi. Dan kini pihak polis menyangka pula pelaku penembakan adalah lelaki bernama Muhammad Merah dan berkaitan dengan rangkaian Al-Qaeda.

Menurut laporan media barat, Muhammad Merah yang disyaki menembak mati tujuh orang di barat daya Perancis dan telah lama diketahui oleh perisikan Perancis. Dan ini lah profil Muhammad Merah yang dipetik dari beberapa media Barat:

latar Belakang

Muhammad Merah adalah warga negara Perancis keturunan Al-geria. lahir pada Oktober 1988, menurut laporan Radio Perancis Europe 1. Ia membesar di persekitaran Tolouse. Salah satu saudara laki-laki Muhammad Merah juga telah ditahan polis berkaitan serangan ini.

Muhammad Merah tersenarai ddi dalam keahlian sebagai mekanik kereta. Ia pernah dua kali mendaftar ke dalam Angkatan Darat Perancis, lapor AFP. Pertama ia mendaftar pada tahun 2008, tetapi ditolak oleh Angkatan Darat kerana ia mempunyai rekod jenayah. Kemudian pada tahun 2010 ia cuba mendaftar lagi pada legion Elit Wang, namun ditolak dalam proses penilaian hanya selama satu hari.

Perjalanan ke Afghanistan dan Pakistan

Muhammad Merah disyaki pernah melakukan perjalanan ke Afghanistan dan Pakistan (tapi maklumat ini belum jelas. Pada bulan Disember 2007, ia ditangkap dan didakwa telah menanam bom di Afghanistan selatan di wilayah Kandahar. Atas tuduhan itu ia dijatuhi hukuman tiga tahun penjara, kata ketua penjara Kandahar, Ghulam Faruq kepada Reuters. Tetapi Muhammad Merah dilaporkan berjaya melarikan diri dari penjara setelah serangan Taliban dalam pembebasan para tahanan berjaya pada bulan Jun tahun 2008.
Muhammad Merah terlepas bersama ratusan banduan lain.

Namun, seorang pegawai Pakistan mengatakan kepada agensi berita bahawa Muhammad Merah tidak pernah ditangkap di sana, dan dia tidak dikenali di kalangan agensi perisikan dalam negeri.

Setelah kembali ke Perancis, Muhammad Merah ditempatkan oleh pihak berkuasa Perancis sebagai 'ekstremis Islam yang dicurigai' kata seorang pegawai perisikan kepada surat khabar Perancis Liberation.

Muhammad Merah menggambarkan dirinya sebagai Mujahidin dan ahli-ahli Al Qaeda, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Claude Gueant kepada pemberita pagi ini.

Tertuduh dilaporkan mengatakan kepada polis bahawa ia ingin membalas dendam atas kematian anak-anak Palestin dan menghukum tentera Perancis yang pernah bertugas di luar negeri. Menurut tuduhan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Merah mempunyai hubungan rapat dengan rangkaian Salafi Islam dan gerakan Jihad.

Demikian Profile Muhammad Merah yang dipetik daripada beberapa media Barat. Sementara dari forum jihad Shamikh Islam tidak ada perbahasan terperinci mengenai serangan di Tolouse Perancis ini. Maklumat ini hanya datang sepihak dari pihak berkuasa Perancis, dan Muhammad Merah sendiri belum mengatakan sesuatu yang boleh dipetik oleh media.
 

0 comments:

Post a Comment