21 March 2012

Gerakan neo-Nazi serang sekolah Yahudi

Ulasan suspek utama dalam penembakan pada hari Isnin lalu di sebuah sekolah Yahudi di barat daya Perancis, yang mengorbankan tiga kanak-kanak dan seorang rabbi Yahudi adalah tiga bekas pasukan payung terjun yang berkaitan dengan gerakan neo-Nazi, demikian keterangan pihak polis.

Penembakan yang terjadi pada Isnin pagi di Toulouse itu, mempunyai kaitan dengan pembunuhan tiga prajurit dalam beberapa minggu terakhir. Ketiga mangsa tentera itu merupakan keturunan Muslim Afrika Utara, dan satu tentera yang cedera parah keturunan Afro-Caribbean.

Dalam satu ucapan di televisyen , Presiden Perancis Nicolas Sarkozy berkata, "Kami tahu bahawa pelaku penembakan itu semua adalah orang yang sama dengan menggunakan senjata yang sama. Baik yang membunuh tentera, kanak-kanak dan guru," kata Sarkozy sambil mengumumkan bahawa status berwaspada tinggi mungkin akan segera diisytiharkan di wilayah barat daya Perancis.

Ulasan penyiasat juga mengatakan penemuan skuter curi yang sama digunakan dalam kedua-dua kejadian itu.

"Semuanya menyebabkan orang percaya bahawa ini adalah tindakan perkauman" kata Datuk Bandar Toulouse Pierre Cohen.

Tiga pasukan payung terjun yang menjadi suspek utama penembakan itu diusir dari Resimen Jurutera-17 di daerah Toulouse pada tahun 2008 kerana keterlibatannya dalam gerakan neo-Nazi.

Related Posts:

  • Peluru Dikeluarkan Dari Kepala Makassar – Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang mengambil masa sejam. Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas… Read More
  • Bayi Ini Meninggal Dunia Selepas 10 Buah Hospital Enggan Merawatnya JAKARTA, Indonesia – Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai pen… Read More
  • Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.   Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat I… Read More
  • Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.Cerit… Read More
  • [Video] Mujahiddin Syria Berperang Cara Angry Bird Ketika para mujahidin Syria sibuk berperang menggunakan senjata api terhadap regim Bashar Assad, terdapat sekumpulan mujahiddin turut melancarkan serangan dengan teknik Angry Bird. Kita semua maklum bahawa di Sy… Read More

0 comments:

Post a Comment