13 March 2012

Parlimen Mesir sepakat untuk mengusir Duta Besar Israel

Anggota parlimen Mesir yang kebanyakan dikuasai oleh kelompok Islam sepakat memutuskan untuk mengusir Duta Besar Israel, pada Isnin hari ini 13/03/2012, agensi berita MENA melaporkan.

Pengusiran Duta Besar Israel disebabkan serangan udara negara Zionis Israel di Semenanjung Gaza dalam beberapa hari terakhir yang telah mengorbankan 25 orang orang awam Gaza.

Parlimen dengan suara bulat menyetujui sebuah teks yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Urusan Arab Majlis Rakyat mengandungi seruan "pengusiran Duta Besar Israel dari Mesir dan pengeluaran kembali utusan Mesir dari Tel Aviv," kata MENA.

Sebagai maklumat, Mesir dan Israel telah terikat oleh perjanjian perdamaian sejak tahun 1979. Namun hubungan kedua-dua negara menjadi tegang sejak bekas presiden Hosni Mubarak dipaksa mundur tahun lalu oleh kekuatan rakyat.

Kekuatan Islam mendominasi Majlis Rakyat, majlis rendah parlimen, setelah memenangi pilihanraya umum awal tahun ini.

Tidak hanya sekadar mengusir Dubes Israel di Mesir dan menarik Dubes Mesir dari Israel, parlimen juga sepakat bersetuju langkah penamatan eksport gas asli ke negara Yahudi tersebut.

"Mesir tidak akan pernah menjadi teman mesra, pasangan atau sekutu Zionis yang merupakan musuh utama Mesir dan bangsa Arab," demikian isi teks yang dibaca oleh parlimen.

Para ahli perundangan juga meminta negara-negara Arab yang lain untuk meneruskan "sekatan global terhadap Israel".

0 comments:

Post a Comment