8 March 2012

Bekas tentera rogol dan samun wanita dipenjara 13 tahun, 16 sebatan

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota tentera berpangkat lans koperal hari ini dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol dan mencederakan seorang wanita tiga tahun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid memerintahkan Hamzi Amni Zamali, 26, menjalani hukuman itu bermula dari 25 0gos tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada empat orang anak itu didakwa mencederakan seorang wanita berusia 22 tahun ketika menyamun mangsa di dalam semak di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi di sini pada 10 malam 8 Mac 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Hamzi didakwa merogol mangsa yang sama di tempat dan masa yang sama, manakala bagi pertuduhan ketiga bekas Tentera Diraja Malaysia itu didakwa merogol wanita sama di sebuah bilik di rumah yang terletak di Bandar Baru Sri Petaling di sini pada 8 pagi keesokan harinya.

Bagi kesalahan mencederakan wanita itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan lapan sebatan, dan bagi pertuduhan ketiga pula, dia dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan lapan sebatan. – BERNAMA

Related Posts:

  • Curi kereta: Empat ahli Geng Botak dicekup DIN Ahmad (kanan) menunjukkan batang besi yang berjaya dirampas dalam kes curi kereta oleh Geng Botak di IPD Batu Pahat, Johor, semalam. BATU PAHAT 17 Jan. - Polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kereta dan penggu… Read More
  • Ketua Geng 08 ditembak mati ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIKPULAU PINANG 17 Jan. – Seorang penjenayah palin… Read More
  • Dadah: 3 termasuk guru, pengawal diberkas Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) bersama Nordin Kadir (dua dari kiri) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 17 Jan. - Kegiatan seora… Read More
  • Ketua Geng 08 ditembak mati ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIKPULAU PINANG 17 Jan. – Seorang penjenayah palin… Read More
  • Penyamun salah pilih mangsa PONTIAN - Siapa sangka pengalaman menyertai lawatan k… Read More

0 comments:

Post a Comment