11 March 2012

Gay dibinuh kejam di Iraq



GAMBAR yang dirakam pada Rabu lepas menunjukkan dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka.



BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan secara meluas di Iraq ekoran mereka dituduh mengamalkan hubungan sejenis.

Senarai nama belia yang dikaitkan dengan gaya hidup gay itu dikeluarkan oleh militia-militia tempatan yang kemudian memburu dan membunuh mereka.

Setakat ini, pasukan keselamatan negara Asia Barat itu gagal menghentikan perbuatan kejam itu daripada terus berleluasa.

Malah, beberapa pegawai dan pertubuhan hak asasi memberitahu, sejak enam minggu lalu seramai 58 orang yang mengamalkan homoseks atau dituduh sebagai gay dibunuh di Iraq.

Beberapa orang pegawai keselamatan memberitahu, di bandar Sadr sahaja, seramai 16 orang telah dibunuh.
Sembilan daripada mereka dipukul dengan objek tumpul hingga mati, manakala tujuh lagi ditembak.

Sumber sama berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Beberapa saksi pula menyatakan, sebahagian mangsa dihentak di kepala sampai mati menggunakan blok simen oleh anggota-anggota militia Iraq.

Satu senarai yang diagihkan oleh anggota-anggota militia di bandar Sadr, kawasan penduduk Syiah di sini baru-baru ini, mendedahkan nama atau nama samaran 33 orang yang didakwa sebagai emo beserta alamat mereka.

Senarai berkenaan mengandungi amaran yang bermaksud: "Kami memberi amaran sekeras-kerasnya kepada setiap pengamal homoseks lelaki dan wanita (lesbian). Jika anda tidak menghentikan perbuatan kotor ini dalam tempoh empat hari maka hukuman Tuhan akan menimpa anda di tangan pejuang Mujahidin."

Semua nama yang terkandung dalam senarai tersebut ialah lelaki kecuali seorang wanita.

Di Barat, 'Emo' adalah singkatan untuk emosional. Terma tersebut dikaitkan dengan remaja atau belia yang mendengar muzik alternatif, berpakaian hitam dan memiliki gaya rambut radikal.

Golongan emo tidak semestinya gay. Tetapi di Iraq, mereka sinonim dengan hubungan sejenis.

Seperti di negara-negara Islam lain, amalan homoseks dikecam di Iraq. Mereka yang dianggap gay menjadi sasaran diserang atau dibunuh, manakala pelakunya kerap kali terlepas daripada hukuman. - Agensi

Related Posts:

  • Iran kirim RQ-170 ke Rumah PutihTEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washingto… Read More
  • Belum ada keputusan serang loji nuklear TeheranBAITULMAQDIS: Sebarang keputusan oleh Israel sama ada untuk melancarkan serangan ke atas loji nuklaer Iran ‘masih terlalu jauh’, kata Menteri Pertahanannya, Ehud Barak (gambar), ketika ketegangan meningkat antara Iran dan … Read More
  • Bencana jika serang IranMOSCOW: Serangan tentera Barat ke atas Iran akan menjadi malapetaka yang memburukkan lagi perpecahan sedia ada dalam dunia Islam, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam. Ketika ditanya dalam sidang akhbar tahunan… Read More
  • 16 terbunuh dalam dua serangan di selatan AfghanistanKANDAHAR: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera selepas dua letupan berasingan berlaku selepas pemberontakan tercetus di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, semalam, kata pegawai tempatan. Serang… Read More
  • Jumlah buruh kanak-kanak turun 2.3 juta dalam 5 tahunJAKARTA: Kerajaan semalam menyatakan terdapat lebih daripada 1.7 juta buruh kanak-kanak kebanyakannya perempuan masih dieksploitasi, bekerja dalam keadaan tempat kerja yang dahsyat di bandar besar di negara itu. Kementeria… Read More

0 comments:

Post a Comment