Sumber keselamatan di Mali Afrika mengatakan, Mokhtar Belmokhtar, pemimpin Al-Qaeda cawangan Afrika Utara yang menjadi buruan, saat ini berada di Libya membantu bekalan senjata, demikian seperti dilaporkan oleh AFP.
"Mokhtar Belmokhtar, salah satu pemimpin Al Qaeda di Maghrib Islam (AQIM) telah berada di Libya selama beberapa minggu, terutama untuk mendapatkan senjata," kata seorang sumber keselamatan Mali.
"Ini merupakan bukti lebih lanjut, bahawa pengganas akan melakukan apa-apa untuk membuat rangkaian di seluruh Sahel dan Gurun Sahara," kata sumber itu.
Di Algeria sendiri, Belmokhtar sedang dibicarakan . Ia dituduh bertanggungjawab atas beberapa '"aksi keganasan" termasuk serangan pada Mei 2010 terhadap tentera di wilayah selatan Djelfa yang menyebabkan dua tentera terbunuh.
Sementar sumber keselamatan Mali lain mengatakan, "Belmokhtar berada di Libya untuk menegaskan bahawa AQIM sedang memperluaskan pengaruhnya."
Belmokhtar merupakan lelaki kelahiran Algeria tengah, ia kini dikenali sebagai pemimpin Al-Qaeda in Islamic Maghrib (AQIM).
Oleh kerajaan Algeria, Belmokhtar digelar "tak tersentuh". Ia mempunyai pengaruh besar di gurun Algeria, Chad, Niger, Mali dan Mauritania di mana di kawasan tersebut banyak pelancong asing di tebusan.
Pada 2004 dan 2008 Belmokhtar telah dijatuhi hukuman seumur hidup secara in absentia. Sementara pada 2007 ia juga telah dijatuhi hukuman 20 tahun penjara, atas tuduhan pembunuhan 13 pegawai kastam.
Pada November lalu, Belmokhtar mengatakan kepada agensi berita Mauritania, bahawa AQIM telah memperolehi senjata dari Libya setelah pertempuran di Libya berakhir dengan mengorbankan Muammar Khadafi.

0 comments:
Post a Comment