23 March 2012

Kekasih pensyarah kolej swasta mati dibunuh bersama bapanya di Puchong

EMPAT tertuduh termasuk kekasih Zara (baju biru) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kekasih kepada seorang pensyarah kolej swasta yang ditemui mati dibunuh bersama bapanya di Puchong dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama tiga lagi rakannya atas dua tuduhan membunuh.

Tertuduh Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, dan tiga lagi rakan, Mohamad Sharafee Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, kelihatan tenang dan hanya menjawab mereka faham, semasa ditanya berhubung tuduhan tersebut.

Namun tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh yang merupakan pelajar di kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur tempat mangsa mengajar.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, juga orang kelainan upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac lalu.
Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa membunuh bapa Zara, Omar Peter Abdullah, 57, di antara pukul 11.30 malam, 8 Mac lalu hingga pukul 1.30 pagi, 9 Mac lalu di rumah sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes itu bagi menunggu laporan bedah siasat serta untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Tiada jaminan ditawarkan dan kesemua tertuduh ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu kes dibicarakan.

Ahli keluarga mangsa dan juga kesemua tertuduh tidak kelihatan di mahkamah semalam.

Related Posts:

  • Murid tahun satu terbunuhALOR GAJAH 15 Feb. - Seorang murid tahun satu maut manakala abangnya berusia 12 tahun parah setelah kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan, di sini awal pagi ini. Siti Nu… Read More
  • Takut isteri tahuKUALA LUMPUR - Bimbang isteri tahu kegiatannya, seorang pemilik bengkel kenderaan bertindak agresif dan cuba melarikan diri daripada serbuan polis di premis hiburan di Bandar Puteri Puchong, dekat sini malam tadi. Lelaki b… Read More
  • Mayat bayi bertali pusat ditemui dalam tandasBUKIT MERTAJAM: Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini hari ini. Mayat bayi perempuan itu ditemui di atas lantai oleh seorang tukang cuci yang hendak … Read More
  • Suami selamatkan isteri dengan menyerahkan barang kemas bernilai RM30KGOMBAK: Bimbang isterinya dibunuh, seorang lelaki menyerahkan barangan kemas bernilai RM30,000 yang disimpan dalam peti simpanan khas selepas rumah mereka di Batu Caves diceroboh lima lelaki dipercayai warga Indonesia, kel… Read More
  • SEMAKIN comel seseorang bayi, semakin tinggi harganya SEMAKIN comel seseorang bayi, semakin tinggi harga yang akan diletakkan sindiket jual bayi kepada pelanggannya. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara pun… Read More

0 comments:

Post a Comment