Pihak pengurusan Pesiapan Global March to Jerusalem (GMJ) sudah menyelesaikan persiapan teknikal dan media untuk launching GMJ pada hari Jumaat 30/3 depan.
Penyelaras awam GMJ, Dr. Ribhi Halum mengatakan, para aktivis daripada 80 negara dijangka akan mencecah 2 juta aktivis yang akan turut serta dalam GMJ. Mereka akan berangkat dari 4 negara Arab yang berdekatan dengan Palestin.
Halum menambah, "Para rombongan antarabangsa sudah berangkat dari negeri mereka masing-masing menuju negara-negara tersebut untuk turut serta dalam GMJ yang akan berlangsung di sana bersamaan dengan hari bumi Palestin yang jatuh pada tarikh 30 Mac.
Halum menyatakan, "Para tokoh penting antarabangsa akan turut serta dalam perarakan ini. Di antara mereka ada 4 rabbi Amerika dari kalangan Yahudi yang menentang pendudukan Israel dan menolak negara Israel. Mereka menentang kewujudan kuil yang didakwa Yahudi di kota al Quds, secara prinsipnya menolak keyahudian Palestin dan mempercayai bahawa secara sejarah Palestin adalah milik orang-orang Islam yang menjadi pemilik tanah. "
Halum menegaskan, "Tujuan perarakan ini tidak terhad hanya mengungkap amalan-amalan penjajah Zionis di al quds, meskipun yang menjadi slogan aksi ini adalah al Quds, kerana bandar ini mempunyai kepentingan agama dan dunia. Malah perarakan ini bertujuan untuk mengecam pelbagai amalan Zionis Israel di semua wilayah Palestin yang dicerobohi. "
Halum berkata lagi, "Perarakan ini bertujuan untuk menyampaikan mesej jelas kepada penjajah Israel bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam di seluruh dunia."
Dia berharap perarakan ini menjadi titik tolak yang jelas untuk mengembalikan isu Palestin sebagai isu utama dunia.
0 comments:
Post a Comment