Dua warga Palestin gugur pada Isnin malam yang lalu dalam serangan udara Zionis Israel ke semenanjung Gaza yang terus meningkat sejak Jumaat lepas , sehingga jumlah korban mencapai 25 orang.
Jurucakap Bahagian Pertolongan dan Emergency Kementerian Kesihatan Palestin, Adham Abu Salamiya mengatakan bahawa serangan udara Zionis Israel hari Isnin malam itu ditujukan kepada sekumpulan warga di jalan An Nizar di kampung Tufah di timur bandar Gaza. Serangan ini mengakibatkan seorang warga meninggal saat itu juga dan seorang lain lagi meninggal setelah mengalami kecederaan parah. Kedua korban adalah Basam Ajala dan Muhamad Dzahir.
Pesawat Zionis Israel melancarkan sejumlah serangan udara ke kawasan utara bandar Gaza dan daerah Sudania. Serangan mengakibatkan dua orang warga tercedera. Sementara di Rafah, wilayah selatan semenanjung Gaza, pesawat Zionis Israel melancarkan serangan di daerah terowong dan koridor Shalahuddin namun tidak ada korban jiwa dalam serangan ini.
Sementara itu pasukan penjajah Zionis Israel, Isnin malam melakukan kekerasan untuk tentera memasuki ke wilayah utara semenanjung Gaza secara terhad, di tengah-tengah serangan udara dan pencerobohan yang dilancarkan Israel ke semenanjung Gaza sejak 4 hari terakhir. Sekitar 12 tank tempur Israel keluar dari gerbang sempadan Beit Hanun "Erez" (utara semenanjung Gaza) dan masuk hingga 250 meter di tanah penduduk di utara semenanjung Gaza.

Palestin diasak Israel, Regim Arab Tutup Mata
Regim-regim Arab hanya menutup mata ketika melihat tragedi berdarah di Palestin akibat serangan jet-jet pejuang regim Zionis Israel ke Semenanjung Gaza.
Fars News pada Isnin lalu melaporkan, jet-jet pejuang Israel pada minggu ini telah menyerang Semenanjung Gaza sekurang-kurangnya enam kali, di mana di wilayah Kem Jabalia sahaja telah mencederakan 33 orang yang kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak.
Menurut berbagai sumber, hingga kini 25 orang warga Palestin syahid termasuk dua orang kanak-kanak.
Salah satu tujuan dibentuknya Majlis Kerjasama Teluk Parsi P-GCC adalah untuk menyokong perjuangan bangsa Palestin keluar dari penjajahan Israel, namun hingga kini telah lebih dari tiga dekad dari umurnya, tak satupun kenyataan dikeluarkan oleh P-GCC untuk menyokong lakaran membebaskan sejengkal tanah Palestin dari cengkaman Israel.
Malah yang terjadi sebaliknya, dewan itu menjadi alat bagi Israel untuk memenuhi kepentingannya.

0 comments:
Post a Comment