23 March 2012

Arsenal mahu kekal No. 3


KOSCIELNY (dua dari kiri) berharap rakan-rakan sepasukannya mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha Arsenal memburu tangga ketiga Liga Perdana England musim ini.


LONDON - Arsenal berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana England dengan menewaskan Aston Villa malam ini.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu menjadi pilihan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik musim ini se- lepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Everton awal pagi kelmarin.

Arsenal berjaya memintas kedudukan Tottenham Hotspur di tangga ketiga sele- pas skuad bimbingan Harry Redknapp itu seri 1-1 dengan Stoke City di White Hart Lane.

Menjelang aksi di Stadium Emirates malam ini, Arsenal dijangka tidak berdepan masalah besar untuk membenam cabaran Villa yang kini menduduki tangga ke-15.

Menyedari peluang Arsenal mengekalkan kedudukan di tangga ketiga semakin cerah, tonggak pertahanan, Laurent Koscielny berharap rakan-rakan sepasukannya menampilkan rentak bertenaga ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri nanti.

"Kemenangan ke atas Everton adalah se- suatu yang baik tetapi apa yang lebih penting, perlawanan menentang Aston Villa," kata Koscielny.

"Sekiranya kami menang, ia sangat baik buat kami. Kami mahu mempertahankan kedudukan ini (di tangga ketiga) dan penting untuk kami bermain dengan baik.

"Ia tidak hanya bergantung kepada empat pemain pertahanan. Semua pemain perlu bekerja keras dan kami perlu melakukan serangan bersama.

Kejayaan ke atas Everton adalah kemenangan keenam berturut-turut buat Arsenal dalam kempen liga, selain skuad The Gunners itu tidak bolos sejak awal Februari lalu.

"Kami melalui tempoh yang sukar sebelum ini tetapi kami memiliki ramai pemain yang hebat dan sebuah pasukan yang baik. 

"Bola sepak berubah dengan pantas dan dalam tempoh tiga atau empat minggu, kami perlu meneruskan rentak kemenangan.

"Kami perlu mengekalkan situasi itu dan apa yang lebih penting, memastikan kami kekal dalam kelompok empat pasukan terbaik," jelas Koscielny. - AFP

Related Posts:

  • Pahang ambil kesempatan terajui tangga teratas Liga PerdanaKUALA LUMPUR: Pahang memintas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menduduki persada Liga Perdana selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam ini. Dua gol Pahang dijaringka… Read More
  • Karier Mourinho mula terancam MOURINHO kini berdepan dengan tekanan daripada majikannya yang mahu Real menjuarai Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini. SEPANYOL - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho harus memenangi trofi Liga Juara-Juar… Read More
  • Komunikasi punca 'ponteng' KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam. Apek enggan ulas isu 'gagal hadir' elak cetus kontroversi … Read More
  • Tiada minyak ke EropahTEHERAN: Parlimen Iran dijangka menimbangkan larangan mengeksport minyak ke Eropah minggu depan selepas blok itu mengenakan sekatan terhadap bahan api dari republik Islam itu, lapor media memetik kenyataan anggotanya, sema… Read More
  • Liga Perdana: Pahang kuasa tangga teratas KUALA LUMPUR - Pahang memintas Angkatan Tentera Malay… Read More

0 comments:

Post a Comment