25 March 2012

Israel laknatullah Akan Ganti Perkuburan Islam Dengan Taman Taurat

Yayasan al Aqsa mengecam penodaan yang dilakukan Zionis terhadap kehormatan makam Islam Babur Rahmah di timur masjid al Aqsa. Yayasan al Aqsa memberi amaran adanya rencana Zionis untuk menukar sebahagian makam menjadi "Taman Taurat".

Yayasan al Aqsa mengatakan dalam kenyataan hari ini, Ahad (25/3), organisasi-organisasi radikal Zionis seperti "Organisasi Tanah Israel" bekerjasama dengan "Mahkamah Agung" Israel sedang berusaha melaksanakan rancangan ini dengan langkah-langkah konkrit di lapangan.

Kira-kira 20 penduduk Zionis hari Sabtu (24/3) lepas mengadakan ritual Talmud, melompat-lompat dan menari di perkuburan Islam di makam Babur Ramhah. Mereka menghancurkan dua makam keluarga Neirukh dan Abu Shabih.

Salah seorang penjaga tanah perkuburan, kepada Yayasan al Aqsa mengatakan dia melihat kira-kira 20 orang pelampau Yahudi di atas Babur Rahmah. Mereka mengenakan pakaian hitam dan pakaian khusus mereka. Kemudian dia berteriak kepada mereka dan memintanya keluar dari perkuburan. Namun mereka mencacinya dan melaksanakan upacara ritual mereka. Mereka melompat-lompat di atas perkuburan Islam dan menghancurkan dua makan dengan sengaja.

Penjaga kubur itu menambah, "Orang-orang melampau Yahudi itu tidak keluar dari pemakaman kecuali setelah diancam akan memanggil polis. Namun sayang, walaupun ada dua ahli penjaga sempadan Israel datang ke gerbang perkuburan itu, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa terhadap orang-orang melampau tersebut, malah tidak bercakap atau menangkap mereka. "

Maqam Babur Rahmah adalah tanah perkuburan Islam yang ditubuhkan pada 1400 tahun lalu. Babur Rahmah adalah salah satu pintu masjid al Aqsa. Yayasan al Aqsa menyebutkan, "Serangan apapun terhadap maqam tersebut merupakan serangan terhadap masjid al Aqsa dan kaum muslimin.

Related Posts:

  • Festival Membuang Hantu Beramai-Ramai Di India Upacara membuang hantu secara pukal di India. Se power-power pawang Cuba, power lagi pawang dari India. Tahukah kamu di India baru-baru ini telah di adakan Festival menghalau hantu atau di kenali sebagai Bhooton ka Mela? Fe… Read More
  • Australia - Kambing pun kena hadapkan Ke Mahkamah Perkara paling kelakar yang aku dengar untuk awal tahun 2013 ini.Ya, seekor ‘kambing’ telah dihadapkan ke mahkamah!   Australia – Seekor kambing telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan vandalisme namun kemudiannya … Read More
  • Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih di… Read More
  • Dubai - Hotel tertinggi di dunia kini dibuka JW Marriott Marquis Dubai dibuka secara rasmi kelmarin dan diiktiraf sebagai hotel tertinggi di dunia. Berdasarkan rekod rasmi Guinness Book of World Records, hotel 72 tingkat itu kini menjadi ikon terbaru bangunan … Read More
  • Pemuda berusia 23 tahun Penggal Kepala Ibu Sendiri New York – Kejam. Beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang pemuda berusia 23 tahun, berasa bangga dengan menayangkan kepala ibunya selepas dia memotong kepala wanita itu dengan gergaji dalam satu kes bu… Read More

0 comments:

Post a Comment