8 March 2012

5 kakitangan kerajaan main judi ditangkap

Gambar Hiasan
MELAKA – Lima penjawat awam adalah antara 98 yang ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi gelap (D7) beberapa negeri menerusi ”Ops Dadu” di sekitar Melaka Tengah awal pagi ini.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam operasi yang melibatkan 28 premis itu, polis turut merampas 260 set komputer dianggar bernilai RM520,000 dan wang tunai RM10,000.

"Hasil operasi besar-besaran ini pihak polis yakin telah telah berjaya melumpuhkan sekurang-kurangnya 90 peratus aktiviti judi haram di kawasan Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 18 penjaga premis dan 80 pelanggan berusia antara 25 dan 60 tahun.

Katanya, operasi selama tiga jam bermula 12 tengah malam itu melibatkan 60 pegawai dan 115 anggota dari lima kontinjen iaitu Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment